Daripada Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad)
Tuesday, 17 July 2012
Hadis Rasulullah S.A.W
Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).

Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).

Menyalahgunakan Takdir;-
Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata’ Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;-
“Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda:
“Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda:
“Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)

Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud)

Hadis Nabi S.A.W
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Friday, 13 July 2012
Rasuah itu Haram
Cuba kita Fikirkan sejenak....
Kenapakah apabila ada perjuangan yg benar2 menetang rasuah...tetapi pentadbiran mereka sukar untuk mendapat kelulusan menjalankan sesetengah pembangunan di bawah pemerintahannya...?
Biasanya penentang2 rasuah ini tahu bertapa rasuah itu sangat membebankan setiap kontraktor2 yg terlibat.malah sangat merugikan wang rakyat. mana tidaknya..contohnya..jika satu2 projek itu sepatutnya bernilai RM100 juta....,tapi tak mustahil nilainya boleh jadi berlipat-lipat kali ganda dari sepatutnya..Contohnya..jika satu2 projek itu nak di majukan saja sudah tentu dokumen2nya akan melalui prosidur2 tertentu...dan prosidur2 itu tentulah di pegang oleh kakitangan2 kerajaan yg di bayar gaji oleh rakyat dari kerani biasa hinggalah ke jawatan tertinggi bagi pehak dan jabatan masing2..bayangkanlah jika sekiranya mereka ini mengambil kesempatan bagi tujuan mendapatkan imbuhan pada setiap yg mereka bantu...?
Ini baru pecahan projek...Bagaimana pula dgn Ibu2 projek yg mana di pelopori oleh prosidur2 yg lagi besar dan hebat....yang mana mungkin oleh kerana projek besar ini boleh menjadi rebutan...Maka tak mustahil angka -angka RM itu boleh meningkat hanya semata-mata hanya sambil pegang pen dan goyang kaki atau sambil minum teh/kopi atau sambil pukul bola golf atau sambil makan tengah hari atau sambil melancung dan sebagainya...maka tiba-tiba....satu projek yg hebat akan di laksanakan pada tarikh bla,bla,bla, dan di usahakan oleh bla,bla,bla....dgn kos perbelanjaan yg sangat minima iaitu billion,billion,billion....sedangkan jika projek itu melalui tender yg telus..mungkin kos campur keuntungan kontraktor hanya RM 1 billion /2billion...
Oleh itu jika ada perojek2 yg tak mendapat kelulusan....sedangkan bajetnya sudah ada dan cukup ..maka mesti ada sebab musabab yg menyebabkan dua pehak...
Pehak pertama inginkan pembangunan yg bersih dan cermat serta tanpa rasuah...
dan pehak kedua pula takkan meluluskannya tanpa ada imbuhan bagi pehaknya untuk meluluskan projek tersebut.....bagi pehak yang takutkan Allah sudah pasti takkan sanggup memberi imbuhan tersebut kerana Rasuah adalah berdosa di sisi Allah dan tidak sama undang2nya disisi manusia...,perkara ini hanya berlaku pada manusia yg menjunjung undang2 yg di cipta manusia itu sendiri...kerana apa.? kerana undang2 manusia itu boleh di ubah2 dan tak di pelihara....tapi undang2 Allah ( al-Quran ) haram bagi sesiapa yg mengubahnya dan Allah yg memeliharanya.(ada jaminan AllahS.W.T)
Moral dari Theory ini adalah..yg benar tetap benar..yg salah tetap salah...dan Al-Quran itu adalah Kalamullah yang Maha Suci dari kerosakkan dan kesesatan.Selamat berfikir.insyAllah.
Thursday, 5 July 2012
Hadis
Dari Barra ibn Azib r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikatNya
menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang berada di saf
hadapan iaitu saf yang paling hampir dan para
malaikat berdoa untuknya dan tidak ada satu langkah yang
lebih dicintai oleh Allah, daripada langkah orang yang
memenuhkan saf yang kosong. (HR Abu Daud)

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah
lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah
lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
Hadis Nabi S.A.W
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda: Barangsiapa mahu
supaya rezekinya
ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia
menghubungkan silaturrahmi di antara
saudara-saudaranya .
(HR Bukhari)

Imam Nawawi
Imam Nawawi rahimahullah berkata: Tidak disyaratkan untuk orang yang mahu menyuruh amal ma'ruf dan nahi mungkar itu, dirinya sempurna. (Syarah Sahih Muslim)
Subscribe to:
Comments (Atom)