Sunday, 11 December 2011

ADAKALA LAZIM, ADAKALA TAK LAZIM.


Mengata-ngata org lain= berdosa


Mengumpat org lain = berdosa


Biasanya mengata dan mengumpat tu kesah yg di ceritakan adalah betul..,tapi tetap salah juga..,Tapi ada satu perkara yg paling merbahaya....iaitu MEMFITNAH..
MEMFITNAH ni..bukan calang-calang org yg sanggup lakukannya..,FITNAH memang ada golongannya yg terpilih utk berbuat demikian kerana sikap mereka yg berani mengenepikan KEBENARAN demi kepentingan sesuatu yg selain dari Allah..,adapun FITNAH ini sebenarnya sangat lemah sifatnya..,Namun apabila ianya di sambut-sambut  dan di panjang-panjangkan dari mulut kemulut, atau apa saja alat yg boleh di gunakan bagi menyampaikan kepada setiap pancaindera manusia...,maka satu2 FITNAH itu akan menjadi seolah-olah perkara yg BENAR walaupun sebenarnya xbenar..,FITNAH itu akan menjadi lebih kukuh apabila org2 yg di percayai terlibat menyokongnya..,lebih MALANG lagi apabila FITNAH itu di kuatkan oleh golongan agamawan/ulama yg bijak menggunakan DALIL-DALIL yg lojik akal ,mencari cari Hadis yg seakan-akan menyokong hujahnya..,tapi sayang...ada maksud lain yg tersirat dihati mereka yg menyebabkan mereka membantu menguatkan FITNAH tersebut..,Disini kita boleh mengambil dari Hukum adat..,adakalanya lazim bagi adat dan adakalanya tak lazim bagi adat..,yg di maksudkan adalah IMAN'',  adakalanya org2 yg dikurniakan pengetahuan dalam bidang agama itu..tidak semestinya di kurniakan IMAN yg hebat..,namun kebanyakkannya memang hebat..,dan adakalanya org2 yg di kurniakanNYA pengetahuan agama yg sedikit itu..di kurniakanNYA IMAN yg kuat dan hebat...inilah KEBESARAN ALLAH TA'ALA..,namun tidak di nafikan bahawa manusia itu tetap sama kerana mempunyai hawa nafsu dan bukan Malaikat..,namun begitu..,Ahli agama itu mempunyai tanggungjawap yg besar melebihi pemimpin tertinggi...,jika mereka Takut Pada Pemimpin...,maka..mereka juga yg akan mendapat bahagiannya..,jika mereka takut pada Allah Ta'ala maka mereka juga yg mendapat bahagiannya..,oleh itu berdirilah diatas(KEBENARAN) ilmu yg Allah Ta'ala anugerahkan..,JGN ADA MAKHLUK LAIN YG TERGANTUNG-GANTUNG dalam hati..,menyebabkan tuturkata tak seiring dgn Hati dan sudah tentu pengikut2 mereka akan mempercayai setiap kata2 mereka..,dan jgn mengambil kesempatan di atas anugerah Allah itu..,mudah-mudahan kita bukan golongan yg mempertuhankan makhlukNYA.wallahualam.

ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI DALAM DADA HAMBA-HAMBANYA


Queenie Padilla, Mengakui Tidak bahagia yang ia dapatkan dari Dunia Hiburan, lalu memilih Islam !

oleh Para Ilmuan dan Tokoh Pendeta Yang Memeluk Islam pada pada 23hb November 2011 pukul 8.58 ptg
Aktris Filipina, Queenie Padilla, memutuskan berhenti dari industri hiburan di negaranya guna mendalami Islam. Anak dari aktor laga, Robin Padilla ini mengaku ayahnya merupakan sosok dibalik keputusannya memeluk Islam. "Ayah begitu sabar menungguku mengucapkan dua kalimat syahadat," kenang dia.

Dalam sebuah wawancara dengan ABS-CBN News, Queenie Padilla mengatakan dalam Islam ia menemukan kedamaian batin dan tujuan dalam kehidupan ini.

"Islam adalah jalan hidup. Anda tahu apa tujuan hidup anda. Selama ini, aku seperti hidup dalam dosa. Namun, Allah  Subhanahu wa ta'ala  memanggilku pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," ungkapnya, seperti dikutip abs-cbnnews.com, Selasa (22/11).

Queenie mengungkapkan, "Dalam dunia hiburan, Saya merasa tidak bahagia. Saya seolah berada dalam persimpangan jalan, tersesat dan saya seolah tidak memiliki kebahagiaan itu. Tapi sekarang Allah hadir dalam hidup saya, Alhamdullilah, La illa illalah, Aku sangat bahagia dan puas dengan kehidupan sebagai seorang Muslim," tutur Queenie (http://usnewslasvegas.asia)

Queenie Padilla sesudah muallaf


Queenie menyadari pula menjadi Muslim paripurna bukan tanpa perbuatan. Seperti halnya, Muslim lain di seluruh dunia, Queenie memiliki kewajiban untuk menyebarkan syiar Islam. Ia pun mengutarakan niat itu, saat bertamu di rumah Allah.

"Aku ingin berbagai nikmat Islam kepada masyarakat Filipina," katanya.

Kini, Queenie benar-bernar berbeda. Ia mengenakan jilbab. Ia pun tengah mendalami studi Islam selepas haji. "Aku harus total untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya.

sumber,
http://usnewslasvegas.asia/entertainment/queenie-padilla-quits-showbiz-embraces-islam/ (Queenie Padilla quits showbiz, embraces Islam)
republika,

*Bila "ada" yang ingin melihat videonya, silahkan dapat dilihat di sini ;*
http://www.youtube.com/watch?v=Cc-PNP-Oryo (Queenie Padilla is very proud to become a muslimah!!!.)

semoga bermanfaat ..,
-----------------------------------------------------------------------------
أَفَغَيرَ دينِ اللَّهِ يَبغونَ وَلَهُ أَسلَمَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ طَوعًا وَكَرهًا وَإِلَيهِ يُرجَعونَ

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.(Qs.3 Al-'Imran 83)

قُل يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُمُ الحَقُّ مِن رَبِّكُم ۖ فَمَنِ اهتَدىٰ فَإِنَّما يَهتَدى لِنَفسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّما يَضِلُّ عَلَيها

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri.."  (QS. 10. Yunus 108)

Friday, 9 December 2011

KEHARUSAN BERAMBUT PANJANG YANG DI SUNATKAN OLEH NABI S.A.W.

1) Dari Anas yang menceritakan;
''Rambut Rasulullah s.a.w mencecah dua bahunya'' (Sahih al- Bukhari, Kitab al-Libas, Bab al- Ja'di, Hadis no. 5452)

Walaubagaimanapun hendaklah di pastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi s.a.w bersabda;
'' Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, ia dari kalangan mereka''.
(riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar. lihat; sunan Abi Daud, KItab al- Libas, Bab Filubsi as -Syuhran, Hadis no. 3512 ).

2)Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda '' Aku telah di perintahkan( oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi, dan Beliau dalam masa yang sama menunjukkan kearah hidung, tapak tangan ,kaki, dan jari jemari kaki, Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan( menggulung/ melipat ) pakaian.'' ( Riwayat Muslim, Sahih Muslim,  Kitab as- Solah, 3/45, no.758).

3) Rasulullah s.a.w bersabda;
'' Itu(ikatan rambut) adalah tempat syaitan''. (Hasan, Hadis riwayat Abu Dawud [646], at -Tarmizi [384], Ibnu Khuzaimah [991] , al= Baihaqi [11/109] ).

Kaum lelaki dilarang mengerjakan solat dengan rambut terikat. Imam Tarmizi berkata (11/224), '' Inilah yang berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kaum lelaki solat dengan rambut terikat.''
       Asy-Syaukani berkata dalam Nailul Authaar(11/287),''Zahir larangan yang tersebut dalam Hadis diatas adalah haram, tidak boleh di palingkan kepada hukum lain kecuali apabila ada indikasi yang mendukungnya.''
       Siapa yang mengerjakan solat dengan rambut terurai, rambutnya pasti terurai(jatuh) kelantai ketika sujud(jika rambutnya panjang) ,ia akan mendapat pahala sujud dengan rambut terurai kelantai, kerana hal itu menunjukkan bahawa ia merendahkan  kedudukkan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.

4)Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat' Abdullah bin al- Harits sedang mengerjakan solat sedang rambutnya terikat kebelakang. Segera saja Ibnu Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya, selesai solat ia mendatangi Ibnu Abbas dan berkata,'' Ada apa gerangan rambutku?'' Ibnu Abbas berkata, '' Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,'Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang bersolat dengan tangan terikat'.''(Riwayat Muslim [492]) Diriwayatkan dari Abu Sa'ad- Seorang lelaki penduduk Madinah-ia berkata,'' Aku melihat Abu Rafi' maula Rasulullah s.a.w menyaksikan al- Hasan sedang solat dengan rambut terikat, Lalu ia melepaskan ikatannya atau ia melarangnya.Lalu ia berkata,'' Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang seseorang mengerjakan solat dengan rambut terikat.''( Sahih lighgirihi, HR Ibnu Mjah [1042],Ahmad [V1/8 dan391],'Abdurrazaq[2990]).
    Diriwayatkan daripada 'Abdullah  bin Abbasr.a ,ia berkata, Rasulullah s,a,w bersabda,'' Aku di perintahkan sujud dengan tujuh anggota tubuh dan aku tidak menggulung pakaian serta rambut(dalam solat)'.'' Hadis riwayat Muslim[490],[228])

Tidak boleh menggulung pakaian dan rambut ketika solat. Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam syarah Sahihi Muslim(1V/209),''para Ulama sepakat melarang solat dengan pakaian dan lengan baju tergulung atau dengan rambut terikat atau di sembunyikan di bawah serban atau sejenisnya, Semua itu di larang  berdasarkan kesepakatan  ulama.''

Sebahagian ulama membawakan larangan tersebut khusus bagi yang melakukannya didalam solat.Namun pendapat ini perlu di perbetulkan .Imam an- Nawawi berkata,'' kemudian jumhur ulama berpendapat bahawa larangan ini berlaku mutlak bagi yang bersolat dalam keadaan  demikian, baik ia sengaja menggulungnya untuk solat atau sebelumnya memang sudah tergulung untuk tujuan lain.''
Sebahagian ulama membawa kan larangan tersebut kepada hukum makruh, namun zahirnya adalah haram dan tidak ada dalil yang memalingkannya dari hukum  haram.Imam Ibnu Khuzaimah telah menulis bab dalam sahihnya berdasarkan  hadis di atas,'' Bab Larangan Menggulung Pakaian Dalam solat.''

(soalan)     Bagaimana pula dengan lelaki yang melepaskan rambut panjangnya kedalam jaket( baju) dengan tujuan tidak berjuraian di atas lantai ketika solat..?

 (jawapan)    Tetap perlu melepaskan rambutnya keluar jaket supaya rambut dapat berjurai ke lantai.

(soalan)  Bagaimana  kedudukkannya solat lelaki yang   berambut panjang melepasi bahu hingga ke pinggang?

(jawapan)  solat tetap sah, haram berpenampilan menyerupai wanita.

(Di ambil dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al- Hafiz. Penyelia Pusat Pendidikkan Al-Barakah, Kg Manjai Ipoh)
 

jika ada kesilapan ..bukanlah di sengajakan, sila perbetulkannya.
wallahualam.


‎[admin] Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:” Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:” Kerana inilah tanganku dipotong.” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim)

Monday, 5 December 2011

TRAGEDI MEMALI.

Hampir 26 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali pada tahun 1985. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara".
Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.
Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.
Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.
Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.
Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.
Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.
Kini 25 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :
a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.
b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?
c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.
d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.
e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.
d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?
f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.
g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.
h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.
Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.
TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."
Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.
Alhamdulillah sempena 25 tahun tragedi ini berlaku, PAS akan mengadakan majlis memperingatinya di bumi Memali sendiri.

Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Di ambil dari penulisan rakan fb (Den Tengku)

Sunday, 4 December 2011

FAKTA WARISAN ISLAM.3

TAUBAT, mengikut pengertian syarak bermaksut kembali kepada kesucian selepas melakukan dosa, Rasulullah bersabda''Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNYA selagi nyawanya belum sampai di kerongkong'', Al Ghazali membahagikan taubat kepada tiga,iaitu taubat orang awam ialah taubat dari dosa lahiriah seperti berzina dan mencuri, taubat khusus taubat yang di lakukan kerana dosa batin seperti dengki dan takbur, taubat yang lebih khusus  iaitu taubat daripada kelalaian dalam mengingati Allah, Rasulullah sendiri bertaubat sebanyak 100 kali sehari.

FAKTA WARISAN ISLAM.2

SEMPADAN haram kota Madinah al -Munawwarah terletak di antara dua batu hitam iaitu gurun Waqim di timur dan gurun Wabrah di barat Nabi Muhammad s.a.w mengharamkan Kota Madinah seperti Nabi Ibrahim a.s mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah.Kawasan ini terletak di tiga perlembahan iaitu Jama' tadaru' jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil .Madinah adalah bumi yang paling di kasihi oleh Allah s.w.t kerana disini  tempat Rasulullah berhijrah dari Mekah.Kawasan haram ini tidak di benarkan orang bukan islam memasukinya.

FAKTA WARISAN ISLAM.

Rasulullah s.a.w
Menunaikan ibadat haji hanya sekali semasa hayat Baginda,iaitu pada tahun ke 10-Hijrah bersama isteri dan 9,000 umat islam.Haji itu dinamakan hajjatul Wada/Hajjatul Balagh/Hajjatul Islam atau Hijjattamam Wal Kamal kerana tidak lama selepas mengerjakan haji itu Baginda wafat, Perjalanan Baginda dari Madinah ke Mekah mengambil masa selama sembilan hari bermula pada 25 zulkaedah, Rasulullah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji sehingga 13 zulhijjah dan berangkat ke Madinah hari berikutnya.

Saturday, 3 December 2011

TEKNIK_TEKNIK PENCANTAS DAKWAH.


bila di katakan mengamuk atas mimbar,

'' khutbah jumaat,suara terpekik terlolong-long..'',

bermakna ..org yang berkata sedemikian

 ada mempunyai maksut yg bersarang di hatinya..,

yg mana ia bukanlah bertujuan menjelaskan kebenaran..

tapi berselindung di sebalik kebenaran..,,

tidaklah ulama itu melantik dirinya..melainkan..

 Allah Ta'ala lah yang melantik  mereka melalui jiwa-jiwa yg berilmu..,

dan hanya berhujah membesarkan Allah Ta'ala sahaja,

Wallahualam.

Sukarnya ulama berdakwah.

jika dahulu org2 yg cintakan sesama makhluk ini amat selesa mencantas ulama hanya dgn mengatakan ;

*ulama kolot.
*ulama maki hamun org.
*ulama melaga-lagakan masyarakat.
*ulama kulit.
*ulama extrim.
*ulamak PAS.
*harap serban tinggi tapi iman xdak.
*ulama politik.
*ambil kesempatan atas org yg cetek agama.
*ulama mempunyai pandangan klompok sendiri.
*ulama x mampu memerintah.
*ulama sepatutnya duduk d masjid saja.

Dan sekarang ada modal baru pula...,iaitu;

*ulama suka terpekik terlolong dalam masjid,
*ulama suka mengamuk atas mimbar.
*ulama gila kuasa.

Apapun hanya Allah Ta'ala saja yg berkuasa utk menjelaskan sesuatu itu pada yg di kehendakiNYA. Beruntunglah bagi yg mendapat petunjukNYA.Walahualam.

Friday, 2 December 2011

Hadis

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya,beliau cuba menghimpunkan dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara;

1)Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan.
2)Bersaksi palsu.
3)Berjudi.
4)Bersumpah palsu dan bohong.
5)Berbohong.

6)Bergambar di baju (bila sembahyang.).
7)Berperempuan pelacur.
8)Berbuat buruk terhadap yang lemah.
9)Berdebat dan memusuhi.
10)Bersifat dayus.
11)Bercakap kasar dengan org tua.
12)Dusta nama Allah dan Rasulnya.
13)Derhaka pada suaminya.
14)Derhaka pada hamba Allah anggap baik pada dirinya.
15)Hakim derhaka.
16)Homosex.
17)Kurang timbangan.
18)Lari seorang hamba dari tuannya.
19)Lelaki menyerupai wanita.
20)Lari dari medan perang di jalan Allah.
21)Membunuh manusia.
22)Membunuh diri sendiri.
23)Mengamalkan sihir.
24)Meninggalkan sembahyang 5 waktu.
25)Meninggalkan sembahyang jumaat.
26)Menderhaka kpda ibubapa.
27)Memutuskan hubungan silaturahim.
28)Melakukan zina.
29)Makan harta anak yatim secara tidak betul.
30)Makan dari kekayaan haram.
31)Memberi rasuah dan mengambil rasuah.
32)Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong.
33)Makan riba.
34)Minum arak.
35)Mencuri.
36)Merompak.
37)Melakukan kezaliman.
38)Melakukan pengkhianatan.
39)Menyebut-nyebut pemberian.
40)Mengingkari janji.
41)Memfitnah.
42)Mengutuk org islam.

43)Merasa aman dari kemurkaan Allah.
44)Menipu harta rampasan.
45)Melampaui batas.
46)Menuduh zina terhadap org baik.
47)Memakai emas dan sutra( bagi lelaki).
48)Mempercayai nujum dan sihir.
49)Menjadi bapa sanggup.
50)Mencari kesalahan org lain.
51)Mengganggu org lain.
52)Mengganggu tetangga.
53)Menyakiti dan memaki org islam.
54)Mengintip rahsia dan buka rahsia org.
55)Mencaci sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

56)Mengurangi wasiat.
57)Mengingkari Takdir.
58)Putus asa dari Rahmat Allah.
59)Penipuan kezaliman terhadap rakyat.
60)Riak mempamirkan diri.
61)Syirikkan Allah dgn sesuatu yg lain.
62)Sombong serta angkuh.
63)Sembelih untuk selain Allah.
64)Tidak mengeluarkan zakat.
65)Tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
66)Tidak haji jikalau mampu.
67)Tidak beristibrak kencing.
68)Tidak mendengar cakap ibubapa.
69)Tipu daya.
70)Wanita menyerupai lelaki.

Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.wallahualam.

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W YANG TERAKHIR.


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.

Thursday, 1 December 2011

Saksikan org2 yg merbahaya di sekeliling kita...,

jika mereka beri sesuatu dgn ikhlas..,

maka ambilah  dgn ikhlas jua,

 asalkan x mudarat,jika mereka berbudi

 kita berbahasa,

jika mereka memberi kita merasa,

jika mereka senyum kita membalas,

jika mereka berucap kita mendengar..,

namun mestilah

 kita laksanakan dengan ehsan Allah..,

mudah2an ..jika apa yg mereka lakukan itu..

 ada mempunyai arah tujuan untuk mengutamakan makhl
uk,

 lebih dari Allah...,

maka berundurlah dengan ehsan Allah jua..,

mudah2an kita x termasuk golongan yg mendahulukan dirinya dari

Allah..,

janganlah kecewa sekiranya mereka ramai dan kaya raya..,

sesungguhnya Allah mampu merampas sesuatu itu dgn sekelip mata..,

jgn terpadaya.

.dan jangan hampirkan diri dgn fitnah yang nyata,

 dan tersembunyi...

 berundurlah dgn sangka baik agar tiada kesan dalam dada..,

dan ingatlah bahawa setiap sesuatu itu adalah ciptaan Allah Ta'ala,

 dan bersyukurlah kerana Allah menyentuh hati kita kearah yang

 lebih baik di antara ciptaanNYA. insyAllah.

JANGAN SUKA MENGAMBIL TANPA IZIN TUANNYA.


Berhentilah mengambil hak org lain..

jika tuannya tak tahu,tak izinkan.....,

walaupun menggunakan;


*dokumen yang sah.

*sokongan yang sah.

*kekuatan kuasa.

*kuasa yang sah.

*syarat yang sah.

*prosidor yang betul,

*sokongan yang kuat.

*sokongan org atasan.

*nama org ternama.

*nama jabatan.

*nama kementerian.

*atas nama kebenaran.

kerana sesuatu itu boleh di ubah -ubah mengikut suka hati...,

yang Tak Boleh di ubah Hanya Al-Quran dan Hadis sahaja...

fikir2kanlah.

JANGAN HERAN


jangan heran jika jumpa wanita yg bertudung likup tapi x suka org yg perjuang
 islam,

jgn heran jika jumpa lelaki yg berserban kemas n pakaian labuh tp x suka ulama,

jgn heran jika jmpa wanita cantik tp akhlak x baik,

jgn heran jika jmpa lelaki kacak tp akhlak x baik,

jgn heran jika jmpa ahli agama yg mungkar tp baik,

serahkan saja pada Allah ,kerna Allah Maha Mengetahui.

CEMBURU


jika cemburu datang pada kita.........,

Tanyalah pada cemburu tu..,

''kenape engkau hadir padaku...!

'' adakah kau ingin aku  pakai mu?

'' atau sekadar menafaatkan rase mu sajer..?

''baiklah..!aku dah rase kamu..,''

tapi aku tak mau pakai kamu,

 sebab nanti banyak perkara buruk yg akan mengikuti ku..,

.maafkan aku ye cemburu..'

SANGKA


  • tidaklah kawan mu itu cemburu pada mu..,

  • tidaklah mereka dengki pada mu,

  • melainkan diri kamu itulah yang terasa hati dengan gelagat mereka,

  • sedangkan mereka berbaik sangka pada mu.,

  • sebenarnya..kamu sajalah yg memburuk sangka terhadap mereka..,

  • semata-mata teguran mereka atas sikap mu yg suka mendesak kawan mu.,

  •  agar mengikuti mu mendirikan fitnah yang nyata ,

  • seolah-olah mereka itu bodoh dan tuli..,

  • sedangkan kamu mebakar semangat kemarahan terhadap org lain,

  •  dengan merahnya api seolah-olah merahnya pakaian mu,

  • ingatlah..bahawa Allah Ta'ala lebih faham apa yg di mulutmu dan di hati mu..,

  • sebenarnya..kamu tewas dengan hawa nafsu mu sendiri.

  • kembalilah ke pangkal jalan..,agar usahamu itu lebih tepat.insyAllah.
JIHAD FISABILILLAH.

Benarkah kau ingin berjihad?
Apakah yang menyebabkan kau ingin sangat berjihat?
Apakah kau telah bersedia untuk berjihat?
Apakah kau telah benar2 mengerti jihat itu?
Apakah yang ingin kau bawa dalam jihat itu?
Adakah kau ingin menjadi golongan org2 yg fisabilillah?
Adakah kau di ajak utk berjihad fisabilillah?
Bilakah kau perasan yang kau mempunyai semangat jihat fisabilillah?
Adakah kau ingin menjadi seperti org2 islam terdahulu?
Adakah kau inginkan nama mu di sebut2 di tempat yg suci?
Adakah kau ingin di pandang mulia?
Adakah kau ingin di muliakan?
Adakah kau mengharap sesuatu dari Tuhan.?
Adakah kau merasakan tanpa jihad mu maka agama mu akan hancur?
adakah kau dipilih oleh Tuhan sebagai org2 yg fisabillillah?
atau kau yg meletakkan diri mu sebagai golongan fisabilillah?
Adakah kau golongan yg memilih utk berjihad fisabilillah?
Adakah kau golongan di pilih utk berjihad fisabillillah?
Adakah kau golongan terpilih utk berjihad fisabilillah?

apapun jihad fisabilillah itu memang mulia..,akan tetapi jihad fisabilillah yang lebih tinggi adalah jihad melawan hawa nafsu, ia bukan saja boleh membawa kepada permusuhan malah membawa kepada kebaikkan yg tulin serta ikhlas dan yg paling utama dapat mengesan kehadhiran kebergantungan diri terhadap selain dari Allah Ta'ala, dan tidak sekali-kali terhenti pada makhluk.insyAllah.

Kadangkala bila kita menjamu selera di tempat2 yg sesuai utk kita dan keluarga..,tetiba jer didatangi sesorg yg meminta-minta..,maka sesetengah hati di antara kita akan berkata-kata seperti;

*org ini malas..hanya suka meminta-minta saja.
*org ini dari mana keturunannya sesenang jer minta duit kat org len.
*agaknya siapalah yg memegang org ini utk tujuan ini.
*aku belum mula makan dia dah datang.
*kita bekerja tapi senag2 minta kt kita plak.
*agaknya tuhan hantar org ni kat aku kot..,nak tengok iman aku.
*bosan betul org macam ni x tau malu minta duit kat org ramai.
*malunya aku org lain tengok.
*Kalo aku bagi nnti org kata aku trpaksa sbb org lain nampak.
*Kalo aku bagi pun apa salahnya bukan bedosa.
*menyakitkan hati betullah org macam ni.
*Allah melihat apa yg kita kerjakan.
*Allah tahu hati kita sbb apa kita tak bagi.
*Allah tahu hati kita sbb apa kita bagi.
*Bagi jelah..asalkan dia beredar dari aku.
*bagi cepat dia pergi cepat.
*bagi dan senyum..tapi x puas hati.
*bagi dan senyum sambil perli si peminta tersebut.
*poket ada duit..,tapi lafazkan nada tegas "saya xda duit lah makn pn xtau ckup x ckup ni.
*Lafazkan perkatan sambil geleng kepala "tadak-tadak saya bukn badan kebajikkan.
*sambil selok poket tanda nak uloq,sambil berkata"apalah nk jadi dgn negeri ni..,nama je kaya tapi ramai lagi yg miskin.
*lafazkan''kalo saya ada saya bagi..nak makan dululah..takut x cukup bayaor plak nnti.

kesimpulannya..;
samada kita fikirkan yang baik atau yg x baik itu..sebenarnya adalah ciptaan Allah Ta'ala..,yg Allah jadikan makhluk itu melintas-lintas dalam jiwa /hati/sanubari kita yang ghaib itu..setelah Allah Ta'ala menganugerahkan kita Islam..,maka bersyukurlah..,dan ada sesetengahnya pula Allah angkat darjat mereka dari golongan Islam itu dgn kehendakNYA ..dan bersyukurlah..,bersyukurlah kerana kita adalah golongan hambaNYA yg di kehendakiNYA supaya meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.insyAllah.