Friday, 9 December 2011

KEHARUSAN BERAMBUT PANJANG YANG DI SUNATKAN OLEH NABI S.A.W.

1) Dari Anas yang menceritakan;
''Rambut Rasulullah s.a.w mencecah dua bahunya'' (Sahih al- Bukhari, Kitab al-Libas, Bab al- Ja'di, Hadis no. 5452)

Walaubagaimanapun hendaklah di pastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi s.a.w bersabda;
'' Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, ia dari kalangan mereka''.
(riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar. lihat; sunan Abi Daud, KItab al- Libas, Bab Filubsi as -Syuhran, Hadis no. 3512 ).

2)Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda '' Aku telah di perintahkan( oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi, dan Beliau dalam masa yang sama menunjukkan kearah hidung, tapak tangan ,kaki, dan jari jemari kaki, Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan( menggulung/ melipat ) pakaian.'' ( Riwayat Muslim, Sahih Muslim,  Kitab as- Solah, 3/45, no.758).

3) Rasulullah s.a.w bersabda;
'' Itu(ikatan rambut) adalah tempat syaitan''. (Hasan, Hadis riwayat Abu Dawud [646], at -Tarmizi [384], Ibnu Khuzaimah [991] , al= Baihaqi [11/109] ).

Kaum lelaki dilarang mengerjakan solat dengan rambut terikat. Imam Tarmizi berkata (11/224), '' Inilah yang berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kaum lelaki solat dengan rambut terikat.''
       Asy-Syaukani berkata dalam Nailul Authaar(11/287),''Zahir larangan yang tersebut dalam Hadis diatas adalah haram, tidak boleh di palingkan kepada hukum lain kecuali apabila ada indikasi yang mendukungnya.''
       Siapa yang mengerjakan solat dengan rambut terurai, rambutnya pasti terurai(jatuh) kelantai ketika sujud(jika rambutnya panjang) ,ia akan mendapat pahala sujud dengan rambut terurai kelantai, kerana hal itu menunjukkan bahawa ia merendahkan  kedudukkan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.

4)Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat' Abdullah bin al- Harits sedang mengerjakan solat sedang rambutnya terikat kebelakang. Segera saja Ibnu Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya, selesai solat ia mendatangi Ibnu Abbas dan berkata,'' Ada apa gerangan rambutku?'' Ibnu Abbas berkata, '' Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,'Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang bersolat dengan tangan terikat'.''(Riwayat Muslim [492]) Diriwayatkan dari Abu Sa'ad- Seorang lelaki penduduk Madinah-ia berkata,'' Aku melihat Abu Rafi' maula Rasulullah s.a.w menyaksikan al- Hasan sedang solat dengan rambut terikat, Lalu ia melepaskan ikatannya atau ia melarangnya.Lalu ia berkata,'' Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang seseorang mengerjakan solat dengan rambut terikat.''( Sahih lighgirihi, HR Ibnu Mjah [1042],Ahmad [V1/8 dan391],'Abdurrazaq[2990]).
    Diriwayatkan daripada 'Abdullah  bin Abbasr.a ,ia berkata, Rasulullah s,a,w bersabda,'' Aku di perintahkan sujud dengan tujuh anggota tubuh dan aku tidak menggulung pakaian serta rambut(dalam solat)'.'' Hadis riwayat Muslim[490],[228])

Tidak boleh menggulung pakaian dan rambut ketika solat. Imam an-Nawawi rahimahullah berkata dalam syarah Sahihi Muslim(1V/209),''para Ulama sepakat melarang solat dengan pakaian dan lengan baju tergulung atau dengan rambut terikat atau di sembunyikan di bawah serban atau sejenisnya, Semua itu di larang  berdasarkan kesepakatan  ulama.''

Sebahagian ulama membawakan larangan tersebut khusus bagi yang melakukannya didalam solat.Namun pendapat ini perlu di perbetulkan .Imam an- Nawawi berkata,'' kemudian jumhur ulama berpendapat bahawa larangan ini berlaku mutlak bagi yang bersolat dalam keadaan  demikian, baik ia sengaja menggulungnya untuk solat atau sebelumnya memang sudah tergulung untuk tujuan lain.''
Sebahagian ulama membawa kan larangan tersebut kepada hukum makruh, namun zahirnya adalah haram dan tidak ada dalil yang memalingkannya dari hukum  haram.Imam Ibnu Khuzaimah telah menulis bab dalam sahihnya berdasarkan  hadis di atas,'' Bab Larangan Menggulung Pakaian Dalam solat.''

(soalan)     Bagaimana pula dengan lelaki yang melepaskan rambut panjangnya kedalam jaket( baju) dengan tujuan tidak berjuraian di atas lantai ketika solat..?

 (jawapan)    Tetap perlu melepaskan rambutnya keluar jaket supaya rambut dapat berjurai ke lantai.

(soalan)  Bagaimana  kedudukkannya solat lelaki yang   berambut panjang melepasi bahu hingga ke pinggang?

(jawapan)  solat tetap sah, haram berpenampilan menyerupai wanita.

(Di ambil dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al- Hafiz. Penyelia Pusat Pendidikkan Al-Barakah, Kg Manjai Ipoh)
 

jika ada kesilapan ..bukanlah di sengajakan, sila perbetulkannya.
wallahualam.

No comments:

Post a Comment