Wednesday, 25 April 2012

‎(ERA PENUBUHAN ASKAR MELAYU) Sejarah bermula dengan penubuhan Skuad Percubaan yang terdiri daripada 25 anak watan pada 1 Mac 1933 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kejayaan penubuhan ini adalah hasil dari desakan pembesar Melayu seperti Sultan Alang Iskandar Shah (Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat Perak) dan Datuk Abdullah Dahan (Undang Luak Rembau). Kewujudan Askar Melayu terus berkembang pesat dengan kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad percubaan sehingga wujudnya Batalion Pertama Askar Melayu. Kelahiran Batalion Kedua pula hanya enam hari sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula. Kesemua pengisian segmen ini diperagakan mengikut kronologi peristiwa dan sejarah menerusi persembahan kios informasi, panel grafik, persembahan audio visual dan period room berek Askar Melayu Diraja

No comments:

Post a Comment