Tuesday, 15 May 2012

Untuk Guru..


Guru..,kau tak perlu membakar diri mu..
Cukup sekadar menerangi dgn kadar ilmu mu..,
Agar kau dapat pertahankan kurniaan ikhlas itu..

Guru..,aku tahu kau manusia seperti ku...
Namun Allah telah tentukan kau sebagai pendidik..
Maka jgn kau lupa mensyukuri nikmat kurniaan-NYA..

Guru..kau sebenarnya akan dikenang..
Dan kau jua akan di rindu dan di sayang..
Sekiranya kau tak membezakan anak didik mu.

Guru..jgn kau berdolak dalik terhadap tugas mu..
Jika ia bukan sesuatu yg kau harapkan..
Pakailah'' ikhlas'' kurniaan-NYA ,mudah2an amal mu menjadi ibadat.

Guru..jika lintasan yg lalu di jiwa mu itu ..
Membawa kearah kebahagiaan mu sendiri, dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar...

Guru jika lintasan yg lalu pada jiwa mu itu..
Membawa kebahagiaan pada diri mu dan  anak didik mu..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..

Guru jika lintasan yg lalu di jiwa mu..
Membawa kebaikkn pada diri mu, anak didik mu dan seluruh Masyarakat..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..

Guru..,sejauh mana perjalanan mu..,jgn kau mengeluh..
Guru .sehebat mana kamu di sanjung..jgn kamu lupa hakikat..
Guru..sesukar mana tugas mu..jgn kau lupa ia adalah milik Allah..

Guru..jgn kau gunakan kata2 yg x layak utk mu..
Apa lagi membiarkan anasir luar menguasai mu..
Kerana ia hanya akan merosakkn pandangan manusia terhadap mu..

Guru ..jika kau sedar..,sebenarnya  kau bukan bertugas untuk negara..
Kau bukan bertugas utk  diri mu dan masyarakat..
Tapi kau bertugas kerana Allah yg telah menentukan segala sesuatu utk mu..

Oleh itu..syukurilah segala Kurniaan-NYA dgn  ikhlas..
Sykurilah kerana Allah sentiasa mencurahkan kelapangan pada mu..
Syukurilah kerana Tanpa Ehsan Allah kita takkan dapat melakukan sesuatu amal ibadat.

Jika kau harapkn sanjungan masyarakat...Akan kau terima harapan mu itu..
Jika kau harapkan ketinggian pangkat..Akan kau terima habuan mu itu..
Tapi jika kau inginkan keredaan Allah..,Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji-NYA..

Wallahualam..

Ahmad Shaharudin.

Sunday, 6 May 2012

Firman Allah: (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).



Saturday, 5 May 2012

Firman Allah SWT.: “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai…” (al-Munafiqun: 2, al-Mujadilah: 16) Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: “Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku”.

إِنَّ الْمُنِفِقِيْنَ فِى الدّرْكِ اْلأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيْرًا (النساء:145) Artinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari api neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka.”(Qs.An-Nisa’:145)

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik, bahwa mereka akan mendapat siksa yang pedih.”(an-Nisa’:138)

Firman Allah; "Orang-orang munafik lelaki dan munafik perempuan,sesetengah mereka itu daripada setengah yang lain sama sikapnya,masing- masing mereka menyuruh melakukan yang mungkar,dan melarang daripada melakukan kebajikan,dan mereka juga bakhil,mereka tidak menghiraukan Allah,dan Allah juga tidak menghiraukan mereka,sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang fasik." At Taubah ayat 67

Firman Allah: "Dan apabila dikatakan kepada mereka,marilah kamu supaya berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah(dalam Al Quran)dan kepada hukum-hukum yang dinyatakan oleh Rasul,nescaya engkau lihat golongan munafik itu menghalang engkau dengan halangan yang bersungguh-sungguh.Tetapi bilamana mereka ditimpa kemalangan disebabkan kesalahan mereka sendiri,mereka akan datang kepadamu,seraya bersumpah dengan nama Allah 'kami sekali-kali tidak menghendaki kejahatan,melainkan kebaikan dan perdamaian'." An Nisa ayat 62

Firman Allah SWT maksudnya: “Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar“. (An Nahl ayat 94)

Firman Allah Ta'ala (al-Nisaa' 4:142): إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)..

Firman Allah Ta'ala (al-Hujuraat 49:6): يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. Diriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan al-Walid bin 'Uqbah.

Firman Allah Ta'ala (al-Nuur 24:4) berkenaan penuduh-penuduh zina: وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?” Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.” Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Subahanallah Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA... Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud... Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak... inshaallah...wallahualam... Oleh: KecheQ

Wednesday, 2 May 2012

Ilmu yg tinggi itu adalah anugerah Allah... Ilmu yg tinggi itu adalah amanah Allah.. Ilmu yg tinggi itu umpama cahaya yg menerangi kegelapan.. Ilmu yg tinggi itu bukan penentu syurga dan neraka.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan tanpa faedah dari makhluk.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan walau tidak di sukai.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan walau tanpa kedudukkn. Ilmu yg tinggi itu adalah dugaan yg tinggi dari Allah.. Ilmu yg tinggi itu Kurniaan-NYA yg tinggi. Jika ilmu yg tinggi itu salah diletakkn pada tempatnya.....,Maka jgnlah menyesal jika hasilnya tidak di kira sebagaimana yg di harapkan.Dan jgnlah menuntut hak semata-mata kerana tidak pernah memaki hamun dan tidak pernah menghukum org lain dalam menyampaikan sesuatu ..,Akhirnya...Allah akan jelaskan tentang Hakikat keikhlasan kita dalam menyampaikan amanah-NYA.wlhalm.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; ''Tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara-perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehingga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah di sebut oleh Rasulullah s.a.w dahulunya ?. Di riwayatkan oleh Imam Ahmad .., dari Samurah.

FIRMAN ALLAH, Maksudnya; '' Sesungguhnya al- Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, kitab yang terpelihara ( Lauhul Mahfuzh ), tidak menyentuhnya kecuali oleh orang yang di sucikan. Di turunkan dari Rabbil 'alamiin. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al- Quran ini ?'' ( Surah al-Waqiah ayat 77-81 )

‎'' Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahannam, kebanyakkn dari golongan jin dan manusia, (iaitu) mereka mempunyai hati, tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannya untuk melihat( tanda-tanda Kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak di pergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.'' ( Surah al-'Araf ayat 179)

)