Tuesday, 15 May 2012
Untuk Guru..
Guru..,kau tak perlu membakar diri mu..
Cukup sekadar menerangi dgn kadar ilmu mu..,
Agar kau dapat pertahankan kurniaan ikhlas itu..
Guru..,aku tahu kau manusia seperti ku...
Namun Allah telah tentukan kau sebagai pendidik..
Maka jgn kau lupa mensyukuri nikmat kurniaan-NYA..
Guru..kau sebenarnya akan dikenang..
Dan kau jua akan di rindu dan di sayang..
Sekiranya kau tak membezakan anak didik mu.
Guru..jgn kau berdolak dalik terhadap tugas mu..
Jika ia bukan sesuatu yg kau harapkan..
Pakailah'' ikhlas'' kurniaan-NYA ,mudah2an amal mu menjadi ibadat.
Guru..jika lintasan yg lalu di jiwa mu itu ..
Membawa kearah kebahagiaan mu sendiri, dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar...
Guru jika lintasan yg lalu pada jiwa mu itu..
Membawa kebahagiaan pada diri mu dan anak didik mu..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..
Guru jika lintasan yg lalu di jiwa mu..
Membawa kebaikkn pada diri mu, anak didik mu dan seluruh Masyarakat..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..
Guru..,sejauh mana perjalanan mu..,jgn kau mengeluh..
Guru .sehebat mana kamu di sanjung..jgn kamu lupa hakikat..
Guru..sesukar mana tugas mu..jgn kau lupa ia adalah milik Allah..
Guru..jgn kau gunakan kata2 yg x layak utk mu..
Apa lagi membiarkan anasir luar menguasai mu..
Kerana ia hanya akan merosakkn pandangan manusia terhadap mu..
Guru ..jika kau sedar..,sebenarnya kau bukan bertugas untuk negara..
Kau bukan bertugas utk diri mu dan masyarakat..
Tapi kau bertugas kerana Allah yg telah menentukan segala sesuatu utk mu..
Oleh itu..syukurilah segala Kurniaan-NYA dgn ikhlas..
Sykurilah kerana Allah sentiasa mencurahkan kelapangan pada mu..
Syukurilah kerana Tanpa Ehsan Allah kita takkan dapat melakukan sesuatu amal ibadat.
Jika kau harapkn sanjungan masyarakat...Akan kau terima harapan mu itu..
Jika kau harapkan ketinggian pangkat..Akan kau terima habuan mu itu..
Tapi jika kau inginkan keredaan Allah..,Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji-NYA..
Wallahualam..
Ahmad Shaharudin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment