Monday, 7 November 2016

Segalanya dari Allah SWT


Bila sebut saja orthodok, ia tak semestinya yahudi dan kristian sahaja, sebaliknya agama-agama selain itu juga ada yang demikian, ini adalah kerana asal usul agama itu adalah percaya pada Tuhan Yang satu, namun oleh kerana pewaris-pewaris agama itu tidak patuh pada perintah Tuhan Yang Maha Esa,
menyebabkan penyelewengan demi penyelewengan berlaku keatas dasar-dasar yang hakikat, 
...........
Penyelewengan itu adalah tanda akal dan Nafsu telah menjadi ikutan, dan akhirnya makhluk itu ( akal dan nafsu) telah di pertuhankan, , Akibat dari sifat,kelakuan dan amalan yang bercanggahan dgn perintah Tuhan itu menyebabkan ujudnya kesesatan yang jelas dan nyata , Dan apabila kesyirikkan dan penyengutuan itu telah mengambil alih sepenuhnya dalam segala sifat, kalakuan dan amalan, samaada fe'el hati mahupun anggota badan seseorang manusia itu, Sekiranya tidak kembali kepada jalan yang benar dan tak bertaubat bersungguh-sungguh, Maka terputuslah ia akan Rahmat Allah SWT, (derhaka).
..............
Adapun amalan yang tinggal pada hari ini adalah saki baki dari perintah hukum Tuhan, seperti menutup aurat dgn sempurna, yang mana syariat itu sudah menjadi seolah-olah hanyalah adat dan di anggap sebagai tradisi mereka sahaja,
kebanyakkan penganutnya jika lelaki,, mereka menutup kepala, samaada, seperti kopiah, songkok atau mungkin mirip serban,
jika perempuan, mereka akan bertudung, ada yang labuh, ada yang sederhana labuh dan ada yg biasa saja.
...................
Oleh kerana Umat Islam adalah Umat utusan yang terakhir (Rasulullah SAW), yang dipilih oleh Allah SWT sebagai model dan Hamba yang menjunjung serta menyebarkan Kalam yang di jamin-NYA (al-Quran)
maka sudah tentulah apa yang di anggap sebagai tradisi itu ( menutup aurat) menjadi tanggungjawap dan kewajipan untuk umat Islam menjelaskan kepada sekelian manusia , bahawa menutup aurat itu adalah satu perintah dari Allah SWT , dan bukan hak milik makhluk terdahulu (tradisi).
manakala bagi yg lelaki tidaklah menjadi kewajipan utk menutup kepala.
........
wallahuaklam,
Muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment