Thursday, 25 October 2012
Allah Ta’ala berfirman. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)
Wednesday, 24 October 2012
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : قَالَ الرَّسُوْلُ e : اَلا إِنَّ الإسْلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْرُوْا مَعَ الإسْلامِ حَيْثُ دَارَ . اَلا إِنَّ السُّلْطَانَ وَالقُرْءَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلاتُفَارِقُوْا الكِتَابَ اَلاسَيَكُوْنُ عَلَيْكُمْ اُمَرَاءَ مُضِلُّوْنَ اِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ اَضَلُّوْكُمْ وَإِنْ عَصَيْتُمُوْهُمْ قَتَلُوْكُمْ قَالُوْا : مَا نَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : كَمَا اَصْنَعَ اَصْحَابُ عِيْسَى نَشِرُوْا بِالمَنَاسِيْرِ وَهُمْ يُصْلَبُوْنَ عَلَى الخَشَبِ فَوَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَمَوْتٌ فِى طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِّنْ حَيَاةٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka maka mereka akan sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu. Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya maka mati kerana mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari Allah.
Tuesday, 17 July 2012
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Sa’ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad)
Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad)
Hadis Rasulullah S.A.W
Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).
Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).
Hadis Rasulullah S.A.W
Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)
Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)
Hadis Rasulullah S.A.W
Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Hadis Rasulullah S.A.W
-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )
Hadis Rasulullah S.A.W
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).
Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).
Hadis Rasulullah S.A.W
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
“Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).
Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim).
Hadis Rasulullah S.A.W
Menyalahgunakan Takdir;-
Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata’ Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’
Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
‘”Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata’ Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;-
“Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)
“Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)
Hadis Rasulullah S.A.W
- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda:
“Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).
“Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda:
“Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).
“Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)
Hadis Rasulullah S.A.W
Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud)
Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud)
Hadis Nabi S.A.W
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
Friday, 13 July 2012
Rasuah itu Haram
Cuba kita Fikirkan sejenak....
Kenapakah apabila ada perjuangan yg benar2 menetang rasuah...tetapi pentadbiran mereka sukar untuk mendapat kelulusan menjalankan sesetengah pembangunan di bawah pemerintahannya...?
Biasanya penentang2 rasuah ini tahu bertapa rasuah itu sangat membebankan setiap kontraktor2 yg terlibat.malah sangat merugikan wang rakyat. mana tidaknya..contohnya..jika satu2 projek itu sepatutnya bernilai RM100 juta....,tapi tak mustahil nilainya boleh jadi berlipat-lipat kali ganda dari sepatutnya..Contohnya..jika satu2 projek itu nak di majukan saja sudah tentu dokumen2nya akan melalui prosidur2 tertentu...dan prosidur2 itu tentulah di pegang oleh kakitangan2 kerajaan yg di bayar gaji oleh rakyat dari kerani biasa hinggalah ke jawatan tertinggi bagi pehak dan jabatan masing2..bayangkanlah jika sekiranya mereka ini mengambil kesempatan bagi tujuan mendapatkan imbuhan pada setiap yg mereka bantu...?
Ini baru pecahan projek...Bagaimana pula dgn Ibu2 projek yg mana di pelopori oleh prosidur2 yg lagi besar dan hebat....yang mana mungkin oleh kerana projek besar ini boleh menjadi rebutan...Maka tak mustahil angka -angka RM itu boleh meningkat hanya semata-mata hanya sambil pegang pen dan goyang kaki atau sambil minum teh/kopi atau sambil pukul bola golf atau sambil makan tengah hari atau sambil melancung dan sebagainya...maka tiba-tiba....satu projek yg hebat akan di laksanakan pada tarikh bla,bla,bla, dan di usahakan oleh bla,bla,bla....dgn kos perbelanjaan yg sangat minima iaitu billion,billion,billion....sedangkan jika projek itu melalui tender yg telus..mungkin kos campur keuntungan kontraktor hanya RM 1 billion /2billion...
Oleh itu jika ada perojek2 yg tak mendapat kelulusan....sedangkan bajetnya sudah ada dan cukup ..maka mesti ada sebab musabab yg menyebabkan dua pehak...
Pehak pertama inginkan pembangunan yg bersih dan cermat serta tanpa rasuah...
dan pehak kedua pula takkan meluluskannya tanpa ada imbuhan bagi pehaknya untuk meluluskan projek tersebut.....bagi pehak yang takutkan Allah sudah pasti takkan sanggup memberi imbuhan tersebut kerana Rasuah adalah berdosa di sisi Allah dan tidak sama undang2nya disisi manusia...,perkara ini hanya berlaku pada manusia yg menjunjung undang2 yg di cipta manusia itu sendiri...kerana apa.? kerana undang2 manusia itu boleh di ubah2 dan tak di pelihara....tapi undang2 Allah ( al-Quran ) haram bagi sesiapa yg mengubahnya dan Allah yg memeliharanya.(ada jaminan AllahS.W.T)
Moral dari Theory ini adalah..yg benar tetap benar..yg salah tetap salah...dan Al-Quran itu adalah Kalamullah yang Maha Suci dari kerosakkan dan kesesatan.Selamat berfikir.insyAllah.
Thursday, 5 July 2012
Hadis
Dari Barra ibn Azib r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikatNya
menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang berada di saf
hadapan iaitu saf yang paling hampir dan para
malaikat berdoa untuknya dan tidak ada satu langkah yang
lebih dicintai oleh Allah, daripada langkah orang yang
memenuhkan saf yang kosong. (HR Abu Daud)
Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikatNya
menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang berada di saf
hadapan iaitu saf yang paling hampir dan para
malaikat berdoa untuknya dan tidak ada satu langkah yang
lebih dicintai oleh Allah, daripada langkah orang yang
memenuhkan saf yang kosong. (HR Abu Daud)
Hadis
Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah
lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah
lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
Hadis Nabi S.A.W
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda: Barangsiapa mahu
supaya rezekinya
ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia
menghubungkan silaturrahmi di antara
saudara-saudaranya .
(HR Bukhari)
SAW bersabda: Barangsiapa mahu
supaya rezekinya
ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia
menghubungkan silaturrahmi di antara
saudara-saudaranya .
(HR Bukhari)
Imam Nawawi
Imam Nawawi rahimahullah berkata: Tidak disyaratkan untuk orang yang mahu menyuruh amal ma'ruf dan nahi mungkar itu, dirinya sempurna. (Syarah Sahih Muslim)
Wednesday, 20 June 2012
undang2 Allah
Sesudah itu, patutkah mereka berpandukan lagi kepada undang-undang Jahiliyah? Siapakah yang lebih baik undang-undangnya berbanding undang-undang Allah, bagi mereka yang yakin? (Surah al Ma’idah : 50)
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Tuesday, 19 June 2012
Firman Allah: Surah Al Hujurat: 11
(11) Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al Hujurat: 11
Sunday, 17 June 2012
Hadis Nabi
Berkata Ibnu Uthaimin di dalam syarah Riyadhus Solihin: Berkata pengarang (rahimahullah) pada apa yang dia menaqalkannya dari Abi Said al-Khudri (r.a); dari Nabi (s.a.w) telah berkata: “Sebaik-baik jihad adalah berkata yang benar di sisi sultan yang tidak adil.
Anggapan manusia yg semakin menyeleweng dari Aqidah.
Terlalu lama manusia itu hidup dalam salah faham...,mengapa tidak..
Adakalanya manusia itu menganggap Rakyat itu hidup kerana kerajaan,
Adakalanya anggapan manusia itu Rakyat bergantung pada kerajaan,
Tapi jika terlalu lama salah anggap itu di amalkan..,ada perkara yg lebih bahaya akan rosak...,iaitu Aqidah umat Islam...,sebab itulah rata-rata umat Islam saja yg bertelagah...,Bukan kerana kekayaan, gila kuasa dan sebagainya..,Tapi Kerana Aqidah yg semakin menyeleweng..,Janji Allah sebagai menjamin dan memelihara Al-Quran itu BENAR....,Hanya manusia yg tak beriman saja yg menganggap perselisihan umat islam itu kerana kebodohan dan kemunduran..,sedangkan mereka lupa bahawa setiap sesuatu itu Allah Punya..dan Allah Tuhan Sekelian Alam berkehendak menngurniakan pada sesiapa yg di kehendaki-NYA.wlhalm.
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya. TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis Tanah Bukit Tursina Tanah Iraq Tanah Aden Tanah Al-Kautsar Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah Tanah Paris Tanah Khurasan Tanah Babylon Tanah India Tanah syurga Tanah Tha’if Kata Ibnu Abbas : 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. Bagaimanakah prosesnya : 1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera : 1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
Friday, 1 June 2012
Tuesday, 15 May 2012
Untuk Guru..
Guru..,kau tak perlu membakar diri mu..
Cukup sekadar menerangi dgn kadar ilmu mu..,
Agar kau dapat pertahankan kurniaan ikhlas itu..
Guru..,aku tahu kau manusia seperti ku...
Namun Allah telah tentukan kau sebagai pendidik..
Maka jgn kau lupa mensyukuri nikmat kurniaan-NYA..
Guru..kau sebenarnya akan dikenang..
Dan kau jua akan di rindu dan di sayang..
Sekiranya kau tak membezakan anak didik mu.
Guru..jgn kau berdolak dalik terhadap tugas mu..
Jika ia bukan sesuatu yg kau harapkan..
Pakailah'' ikhlas'' kurniaan-NYA ,mudah2an amal mu menjadi ibadat.
Guru..jika lintasan yg lalu di jiwa mu itu ..
Membawa kearah kebahagiaan mu sendiri, dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar...
Guru jika lintasan yg lalu pada jiwa mu itu..
Membawa kebahagiaan pada diri mu dan anak didik mu..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..
Guru jika lintasan yg lalu di jiwa mu..
Membawa kebaikkn pada diri mu, anak didik mu dan seluruh Masyarakat..dan kau mengambilnya..
Itu adalah diri mu yg sebenar..
Guru..,sejauh mana perjalanan mu..,jgn kau mengeluh..
Guru .sehebat mana kamu di sanjung..jgn kamu lupa hakikat..
Guru..sesukar mana tugas mu..jgn kau lupa ia adalah milik Allah..
Guru..jgn kau gunakan kata2 yg x layak utk mu..
Apa lagi membiarkan anasir luar menguasai mu..
Kerana ia hanya akan merosakkn pandangan manusia terhadap mu..
Guru ..jika kau sedar..,sebenarnya kau bukan bertugas untuk negara..
Kau bukan bertugas utk diri mu dan masyarakat..
Tapi kau bertugas kerana Allah yg telah menentukan segala sesuatu utk mu..
Oleh itu..syukurilah segala Kurniaan-NYA dgn ikhlas..
Sykurilah kerana Allah sentiasa mencurahkan kelapangan pada mu..
Syukurilah kerana Tanpa Ehsan Allah kita takkan dapat melakukan sesuatu amal ibadat.
Jika kau harapkn sanjungan masyarakat...Akan kau terima harapan mu itu..
Jika kau harapkan ketinggian pangkat..Akan kau terima habuan mu itu..
Tapi jika kau inginkan keredaan Allah..,Sesungguhnya Allah tak pernah memungkiri janji-NYA..
Wallahualam..
Ahmad Shaharudin.
Saturday, 12 May 2012
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Wednesday, 9 May 2012
Kita selalu mengatakan bahawa org2 yg merompak , mencuri dan menganiayai mangsanya itu adalah pencuri yg sebenar..,Kita x sedar bahawa setiap yang mengambil Hak org lain seperi , menukar dokumen (utk mendapat bahagian), pecah amanah,memberi hak org lain kpda org lain, merampas jawatan org lain dgn tipu muslihat, menganiayai dan merampas hak org lain dgn menggunakan kekuatan undang -undang (sedangkan mereka tahu itu bukan hak mereka dalam perjanjian asal dan mereka akan mencari kekuatan mereka serta kekurangan org lain dalam undang2 bagi memenuhi maksud mereka)... Sebenarnya ..kesemuanya itu adalah golongan pencuri...,cuma cara mereka dan hasil nya saja yg berbeza serta hukuman juga adalah berbeza mengikut kedudukkn mereka yg melakukannya.wlhalm.
Org yg menunjuk dalam amalnya di katakan tidak Ikhlas..Namun benarkah kesemua org yg menunjuk itu tak Ikhlas...? Atau org yg melihatnya itu saja yg buruk sangka..? Bagaimana pula org yg tidak menunjuk dalam amalnya....? adakah kesemuanya Ikhlas..? Atau org yg melihatnya saja yg berbaik sangka...? Sebenarnya..Org yg melihat itu juga lupa bahawa mereka juga sedang beramal..wlhalm.
Sunday, 6 May 2012
Firman Allah: (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Saturday, 5 May 2012
Firman Allah SWT.: “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai…” (al-Munafiqun: 2, al-Mujadilah: 16) Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: “Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku”.
إِنَّ الْمُنِفِقِيْنَ فِى الدّرْكِ اْلأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيْرًا (النساء:145) Artinya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari api neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka.”(Qs.An-Nisa’:145)
Firman Allah; "Orang-orang munafik lelaki dan munafik perempuan,sesetengah mereka itu daripada setengah yang lain sama sikapnya,masing- masing mereka menyuruh melakukan yang mungkar,dan melarang daripada melakukan kebajikan,dan mereka juga bakhil,mereka tidak menghiraukan Allah,dan Allah juga tidak menghiraukan mereka,sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang fasik." At Taubah ayat 67
Firman Allah: "Dan apabila dikatakan kepada mereka,marilah kamu supaya berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah(dalam Al Quran)dan kepada hukum-hukum yang dinyatakan oleh Rasul,nescaya engkau lihat golongan munafik itu menghalang engkau dengan halangan yang bersungguh-sungguh.Tetapi bilamana mereka ditimpa kemalangan disebabkan kesalahan mereka sendiri,mereka akan datang kepadamu,seraya bersumpah dengan nama Allah 'kami sekali-kali tidak menghendaki kejahatan,melainkan kebaikan dan perdamaian'." An Nisa ayat 62
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar“. (An Nahl ayat 94)
Firman Allah Ta'ala (al-Nisaa' 4:142): إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)..
Firman Allah Ta'ala (al-Hujuraat 49:6): يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. Diriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan al-Walid bin 'Uqbah.
Firman Allah Ta'ala (al-Nuur 24:4) berkenaan penuduh-penuduh zina: وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬اۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?” Sahabat-sahabat baginda menjawab : “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.” Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Subahanallah Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA... Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud... Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak... inshaallah...wallahualam... Oleh: KecheQ
Wednesday, 2 May 2012
Ilmu yg tinggi itu adalah anugerah Allah... Ilmu yg tinggi itu adalah amanah Allah.. Ilmu yg tinggi itu umpama cahaya yg menerangi kegelapan.. Ilmu yg tinggi itu bukan penentu syurga dan neraka.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan tanpa faedah dari makhluk.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan walau tidak di sukai.. Ilmu yg tinggi itu wajib di sampaikan walau tanpa kedudukkn. Ilmu yg tinggi itu adalah dugaan yg tinggi dari Allah.. Ilmu yg tinggi itu Kurniaan-NYA yg tinggi. Jika ilmu yg tinggi itu salah diletakkn pada tempatnya.....,Maka jgnlah menyesal jika hasilnya tidak di kira sebagaimana yg di harapkan.Dan jgnlah menuntut hak semata-mata kerana tidak pernah memaki hamun dan tidak pernah menghukum org lain dalam menyampaikan sesuatu ..,Akhirnya...Allah akan jelaskan tentang Hakikat keikhlasan kita dalam menyampaikan amanah-NYA.wlhalm.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; ''Tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara-perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehingga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah di sebut oleh Rasulullah s.a.w dahulunya ?. Di riwayatkan oleh Imam Ahmad .., dari Samurah.
FIRMAN ALLAH, Maksudnya; '' Sesungguhnya al- Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, kitab yang terpelihara ( Lauhul Mahfuzh ), tidak menyentuhnya kecuali oleh orang yang di sucikan. Di turunkan dari Rabbil 'alamiin. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al- Quran ini ?'' ( Surah al-Waqiah ayat 77-81 )
'' Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka Jahannam, kebanyakkn dari golongan jin dan manusia, (iaitu) mereka mempunyai hati, tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannya untuk melihat( tanda-tanda Kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak di pergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.'' ( Surah al-'Araf ayat 179)
)
Friday, 27 April 2012
Jika Allah Ta'ala ingin mengubah sesuatu.....pasti akan ada hambaNYA yang menangis kerana gembira..,dan menangis kerana berduka....,namun yg lebih terasa adalah golongan yg menangis kerana berduka..,sbb mereka telah lama di anugerahkan Allah keistimewaan yg tak berbelah bahagi di antara mereka...lalu golongan ini akan terbahagi 3.., golngn 1..akan berusaha utk mendapatkn kembali segala yg telah sebati jiwanya iaitu apa yg tlah di usahaknnya selama ini..,glngn 2) menjadi pendorong dan pembantu mengikut kemampuan individu...,glngn 3.,menerima dgn penuh muhasabah diri..dan yakin akan ketentuan Allah...serta memperbaiki aqidah yg selama ini terhijab olh kesebokkn dan keseronokk dunia... Bagi golongan yg menangis kerana gembira pula...,mereka ini umpama kain putih yg belum tercemar dgn noda2 riba, noda2 perkauman, dan masih bersih dari kesombongan kuasa dan salah guna kuasa...,namun..golongan ini lebih sukar utk berdiri kukuh dgn pandangan yg bersih..,kerana pakar2 fitnah telah bersedia utk membuat serangan yg lebih sosfitikated ...,namun jika mereka sentiasa jujur dalam tugas mereka....InsyAllah ..kebenaran akan sentiasa menjadi kekuatan..insyAllah...apapun setiap perubahan itu memang ada banyak faedahnya..
Thursday, 26 April 2012
Untuk isteri tersayang ............ 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"... Oleh: Idris Bald
Wednesday, 25 April 2012
(ERA PENUBUHAN ASKAR MELAYU) Sejarah bermula dengan penubuhan Skuad Percubaan yang terdiri daripada 25 anak watan pada 1 Mac 1933 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kejayaan penubuhan ini adalah hasil dari desakan pembesar Melayu seperti Sultan Alang Iskandar Shah (Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat Perak) dan Datuk Abdullah Dahan (Undang Luak Rembau). Kewujudan Askar Melayu terus berkembang pesat dengan kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad percubaan sehingga wujudnya Batalion Pertama Askar Melayu. Kelahiran Batalion Kedua pula hanya enam hari sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula. Kesemua pengisian segmen ini diperagakan mengikut kronologi peristiwa dan sejarah menerusi persembahan kios informasi, panel grafik, persembahan audio visual dan period room berek Askar Melayu Diraja
Tuesday, 24 April 2012
aku suka dgn perbualan org2 yg menceritakan tentang kebesaran Allah...,tapi sayang ramai yg x dpt keluar dari dirinya...,walaupun ada yg dpt keluar dari dirinya...,tapi masih lagi merasa sempurna diri, adapun yg dpt keluar dari ujub, tp masih berkait dgn ujub yg halus...,seperti mengatakan mereka yg lain lebih kepada kulit dari isi..,x secara langsung mengangkat diri sbgai org yg faham isi (dalam)..,sedangkan hakikat isi dan kulit itu tetap dari Allah ta'ala jua..,dan Allah jua yg menganugerahkan Faham yg dalam itu(isi) pada yg d kehendakiNYA. adakah sama org2 yg d kurniakan Allah IKLAS dari org2 yg d kurniakanNYA isi (ilmu dalam) ? adakah Al- Quran dan Hadis yg mengatakn isi dan kulit itu penentu syurga n neraka..? xdpt tidak..,manusia itu memang , merasa sempurna diri, merasa hairan, merasa riak, merasa terpilih, merasa mulia , adapun merasa hina krana kurang ilmu, ..RASA itu xsalah...,tapi akan mnjadi salah jika x diletakkn pada tempatnya..Biarlah kita dapat kulit asalkn dapat kurniaan IKHLAS..,dari dapat isi tapi UJUB, AJIB, SOMAAH, TAKBUR ,RIAK,merasa MULIA dan tiada tmpat utk d letakkn rasa2 tersebut, biarlah kita dapat sedikit ilmu dan Kurniaan IKHLAS dari Allah..,dari ilmu isi yg banyak tapi tiada kurniaan IKHLAS d dlmnya.wlhalm.
Jgn kau istiharkan Cinta mu hebat...sdgkn kau langsung xtahu hakikat cinta.. Jgn kau isthrkn ksih syng mu terlalu dalam..,sdgnkn alam itu sentiasa berubah-ubah... Jgn kau isthrkn rase simpati mu..,sdgkn jiwa mu kosong.. Jgn kau istihrkn setiap titik peluh mu trhdap ibu n bapa mu..sdgkn kau xdpt mengawal perubahan hati mu. Jgn kau isthrkn jase mu trhdap Negara ..sdngkn kau menumpang d atasnya.
di antara Tanda2 org2 yg mengenepikan suruhan Allah Ta'ala dan melanggar laranganNYA ialah...,sentiasa berminat utk menghidupkan Fitnah..,berminat dgn kes2 seperti Anuar ibrahim, Shamsidar, dan sebagainya..niat mereka hanya satu...,menghiburkan hati para pengikut2 mereka serta mengekalkan keperibadian mereka sebagai penyokong dan penghidup FITNAH akhir zaman.sedangkan mereka sendiri hanya menerima kesah2 tersebut dari org2 yg x cukup syarat utk dipercayai..,mudah2an kita bkn golongan org2 yg matang dlm FITNAH
Kesalahan kita adalah..,suka mendahulukn buruk sangka terhadap seseorg.., sdgkan kita langsung x pernah kenal lebih jauh..., Kenapa kita mampu mendahulukn baik sangka pada org2 yg berjwtn tinggi, doktor..dan org2 kaya dan ternama.. sdngkn kita xpernh kenal mereka lebih jauh,? jwpnnya sangat mudah...., iaitu tidak tahu meletakkn sesuatu itu pada tempatnya.wlhalm
Tak semestinya org2 munafik itu jahil....,ada di antara mereka itu mendakwa lebih kenal Allah dari ulama2, ...namun mengapakah mereka itu termasuk dlm golongan munafik...?sudah tentulah golongan munafik itu adalah mereka yg faham hukum-hakam...,namun mereka lebih cenderung pada duniawi hingga mengenepikan suara teguran2 ulama demi kepentingan rakan2 dan peribadi.,sebb itulh org2 jahil lebih terpesona dgn hujah dan kata2 org2 munafik, kerana jiwa2 munafik memang pakar mencuit dan mengambil hati2 kosong yg duniawi ,org2 munafik mempunyai skill yg tinggi dlm tipu muslihat.wlhalm.
kalau org dah pandai dgn hukum hakam ni sepatutnya faham tugas ulama...,ni kalau sebok dgn terasa yg tak memasal nih...dah kira macam tak faham lah pulak...,ulama jalankn tugas mereka bagi tau hukum pada org yg memerlukan petunjuk...,bagi yg rasa dah pandai sangat dgn hukum hakam islam nih..apa hal la pulak bersusah payah menangkis-nangkis ulama nak sampaikn hukum hakam pada org lain....kalaulah ulama2 ni benci dan tak suka dgn saudara se Islam mereka.....dah tentu mereka senyaaaap jer ..,jadi fikir mau betul...niat mau baik, faham mau tepat, sangka mau baik
Zaman kini adalah zaman yg tidak boleh menafikan kebenaran dan tidak boleh mennyuburkan fitnah....,kerana.....Allah Ta'ala telah mencipta midea massa itu jugak bersifat gelombang yg deras dan pantas....,sepantas mana fitnah itu di tabur.....,sepantas itu jugalah fitnah itu dapat di sanggah dari fakta kebenaran lebih maju dan tepat...namun knpakh fitnah itu lebih di gemari...? jwpnnya mudah saja...,kerana takut dan cinta sesama makhluk yg melampau melebihi cinta dan takut terhadap Yg Menciptanya.wlhalm.
''JASA' seseorg itu sebenarnya bukanlah JASAnya...,sbnrnya JASA itu adalah laluan hidup yg telah di tentukan olh Allah Ta'ala terhadp ssorg hambaNYA ..,dgn JASA itu jugalah Allah tentukan keizinanNYA menjadi dosa atau pahala ,reda x redaNYA terhadap pilihan (buruk n baik) hambaNYA yg keseluruhannya adalah taklukNYA jua.wlhalm.
Wednesday, 28 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Adakalanya kita x sedar bahawa penganiayaan yg berlaku sesama makhluk itu sebenarnya satu alat yg Allah jadikn utk membongkar rahsia yg tersimpan lama dan amat sukar utk d rungkaikan dan unik dan pelik utk di fikirkan ..,sukar pula utk d terima...walaupun hakikatnya telahpun di terangkan Allah dgn peristiwa yg d izinkanNYA berlaku.. Maka berpecah-pecahlah manusia itu ..,ada yg mengikut hawa nafsunya..,akalnya dan ilmunya..,apapun ia tetap terbahagi kpd dua..,iaitu pertama.,mempertahankan kemungkaran (makhluk)..,dan kedua mempertahankan yg Hak (Hak Allah Ta'ala).wlhalm.
Saturday, 24 March 2012
Mengapa mesti takut dgn perkataan MUNAFIK...,kalo kita tak munafik..,mengapa takut dgn perkataan KAFIR...,kalau kta tak kafir.....,tugas ulama hanya menyampaikan sahaja....,dari apa yg mereka sampaikan ...,itulah sebenarnya menjadi benteng dan ukuran serta pedoman utk kita yg mengaku islam ....agar tidak tersasar atau terkeluar dari landasan sepatutnya.wlhalm
di antara kerja org2 munafik itu adalah memfitnah secara halus dan berhemah tinggi di samping memuji secara kias yg bermaksud menghina atau merendahkan yg di hajati serta mengangkat setinggi yg mungkin bukan tujuan menjunjung tapi untuk di lepaskan kebawah bagi tujuan penghinaan yg di anggap beretika.
Di antara sikap org2 munafik itu adalah......,bila ulama menjelaskan sesuatu hukum mengikut peristiwa yg berlaku ketika itu......,maka mereka akan bertanya..,''daripada penjelasan hukum itu...''!? maka ulama menjawap dari Hadis Rasulullah s a w..., maka mereka akan kata..,'' kita mau dari Al- Quran..''!..,bila ulama jelaskan dgn Firman Allah...,..mereka kata ..,''kami mau dari Al Quran n Hadis''...,bila ulama bawa kedua-duanya pada mereka....,mereka kata..''zaman telah berubah dan perlukan jumhur ulama...'',..bila ulama bawakan kesemuanya pada mereka....,mereka akan kata...'' Al-Quran dan Hadis ni memang betul...,tapi ulama/pendakwah ni yg tak betul sebab suka maki hamun dan mencarut serta memecah belahkan masyarakat dgn dakyah yg mengikut hawa nafsu mereka sahaja..''..Hakikatnya adalah....merekalah yg ujub ,riak dan takbur.wlhalm.
D antara sikap org2 munafik itu adalah suka mengolah sesuatu yg baik itu kepada tidak baik....,kerana mereka tidak suka mengambil teguran ulama yg d anggapnya tak setaraf dgn mereka...,maka ujudlah perasaan merasakan bahawa ulama suka mengkafirkan dan memunafikkan mereka sedangkan dakwah itu bukan hanya utk mereka sahaja...tapi bagi yg inginkan kebenaran serta petunjuk.wlhalm.
Di antara sikap org2 munafik itu adalah.....,sangat suka akan menuduh -nuduh ulama dgn perkataan ''suka mengkafirkan org''....,sedangkan para ulama itu hanya sekadar memberitahu/memaklumkan/menjelaskan/menerangkan/menyampaikan pengetahuan mengenai Hukum-hukum seperti ,wajip, sunat haram ,makhruh, mubah..,dll..,mengikut apa yg di lakukan dalam keadaan tertentu mengikut ketentuan yg telah di tentukan oleh Yg Maha Pencipta.., dan mengikut ilmu-ilmu yg telahpun di pertanggungjawapkan oleh Allah s w t kpd mereka .., dan bukannya suka2.wlhalm.
Wednesday, 25 January 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)