Friday, 25 November 2011


Apa Kata Mereka Mengenai Islam


William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.

Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”

Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”

Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”

Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

L
alu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.

Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown, “pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”

Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”

Pemimpin Tertinggi Imprealis, “arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”

Miyen, seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Renungkanlah.

Addin: Angkasawan India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Ar...

Addin: Angkasawan India Buktikan Kebenaran Cerita Neil Ar...: Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Jula...
Jika kita katakan bahawa;
1)wanita itu cantik kerana keturunannya,
2)wanita itu hodoh keranah keturunannya,
3)lelaki itu kacak kerana bakanya,
4)org itu miskin kerana malas bekerja,
5)org itu kaya kerana kuat berusaha,
6)org itu bijak kerana kepintarannya,
7)org itu bodoh kerana kebodohannya,
8)org itu menjadi pemimpin kerana kemuliaannya,
9)org itu suka derma kerna dia pemurah,
10)org itu beramal kerana ia warak,
11)org itu suka membantu kerana dia baik,


atau apa saja yang kita fikirkan...selagi ia terhenti pada makhluk....,jawapannya tetap salah.InsyAllah.

Alam yg tak disedari.

Jika kita mendengar,ceramah2 atau apa saja yang berkaitan dengan agama islam,samaada Fiq,tauhid,usuludin,tasauf ,syariat dan sebagainya.....,maka janganlah kita hanya tertumpu pada  apa yang di perkatakan itu saja..,jika di izinkan Allah Ta'ala..,tambahkan satu lagi tumpuan kita..,iaitu..,pada diri kita..,iaitu kata2 hati..,Mungkinkah;
1)hati kita menerima dgn terbuka segala yg didengar...?
2)hati kita memilih milih apa yang di dengar..?
3)hati kita mengutuk-ngutuk apa yang di dengar..?
4)hati kita sedang berbual-bual dengan musuhnya..?
5)hati kita hanya ingin mendengar yang baik-baik sahaja..?
6)hati kita sedang memuji-muji diri sendiri..?
7)hati kita asyik menilai ilmu pendakwah/guru2/ulama/ahli2 agama tesebut..?
8)hati kita  melemparkan sangka buruk/baik terhadap ahli agama tersebut..?
9)hati kita asyik menunggu hujah yg hanya terkena pada keburukkn org yg kita benci..?
atau apa saja yg kita fikirkan....?

Jika begitulah yang kita lalui setiap waktu...,maka itulah tanda kebesaran Allah Ta'ala yang bukan saja mencipta alam yang nyata...,namun alam yang sarat dengan lintasan-lintasan didalam diri kita itu  yg adakalanya kita langsung tidak menyedarinya..begitulah uniknya ciptaan Allah..,.di alam inilah..Allah Ta'ala mengajar kita antara yg baik dan tak baik..,redha dan tak redha..serta menilai..keikhlasan kita terhadap kurniaan yang berbentuk amalan setiap makhluk  yg dikehendakiNYA....,oleh itu..jgnlah kita menyangka bahawa kita akan terlepas  setelah melakukan kemungkaran walaupun  kononnya hati kita saja yang tahu ..mudah2an kita termasuk golongan yang sentiasa meletakkan sesuatu itu pada tempatnya..InsyAllah.

Thursday, 24 November 2011

KATA KATA KU YANG RINGKAS UTK DI FIKIRKAN.

Saksikan org2 yg merbahaya di sekeliling kita...,
jika mereka beri sesuatu dgn ikhlas..,
maka ambilah asalkan xmudarat,
jika mereka berbudi kita berbahasa,
jika mereka memberi kita merasa,
jika mereka senyum kita membalas,
jika mereka berucap kita mendengar..,
namun mestilah kita laksanakan dengan ehsan Allah..,
 ..jika apa yg mereka lakukan itu ada mempunyai arah tujuan untuk mengutamakan makhluk lebih dari Allah...,maka berundurlah dengan ehsan Allah jua..,
mudah2an kita x termasuk golongan yg mendahulukan dirinya dari Allah..,
janganlah kecewa sekiranya mereka ramai dan kaya raya..,
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa merampas sesuatu itu dgn sekelip mata..,
jgn terpadaya..dan jangan hampirkan diri dgn fitnah yang nyata dan tersembunyi...
 berundurlah dgn sangka baik....
 agar tiada kesan dalam dada..,
dan ingatlah bahawa setiap sesuatu itu adalah ciptaan Allah Ta'ala...
 dan bersyukurlah...
 kerana Allah menyentuh hati kita kearah yang lebih baik di antara ciptaanNYA. 
insyAllah.

APA TUJUAN ORANG MEMBUAT CERITA MENGENAI TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Wednesday, 23 November 2011


Beza   antara orang    yang ;

Memilih,


Dipilih,


Terpilih,




Orang yang  memilih  umpama  layang-layang  ..,hanya mampu naik keatas dengan bantuan angin..,setelah naik keatas ..,hanya mengikut arah angin...  sesorg yg x berpendirian,yang x mempunyai kekuatan mental
bagi tujuan sesuatu..,golongan ini biasanya  suka duduk di atas pagar..,kerana memilih di mana yang mesti di halakan samaada jasanya, kepakarannya, kekayaannya, keuntungannya,kebijakkannya dan sebagainya..,Biasanya golongan ini mempunyai  kebijakkn dalam berkata-kata..,banyak rakan ,kengkawan , ada yg kemas..,ada yang x kemas,  sanggup melakukan apa saja yg boleh mendapat faedah yg berbaloi,  memaksa diri perihatin kpd sesuatu  yg dia sendiri x minat,  jika berhujah suka copy pendapat org lain, bijak menafi sesuatu,  bijak memutar belit  fakta,  rajin membuat sesuatu walaupun x di sukai asalkan pulangannya berbaloi,  pakar dalam bermuka-muka.


Bahaya golongan ini adalah;


1)sanggup melakukan kekejaman terhadap orang lain jika keadaanya memaksa, walaupun  bukan salah orang lain.
2)sanggup membunuh jika terpaksa walaupun bukan salah org lain.
3)memntingkan maruah diri dari nyawa org lain.
4)sentiasa memerhatikan peluang yg ada walaupun peluang itu hak org lain.
5)berbuat baik, menabur budi, bagi mengharap di hormati.
6)sentiasa mencari sebanyak mungkin pengaruh bagi kekuatan diri.
7)mengambil hak org lain dgn cara terhormat(undang2) atau tipu helah, atau paksaan.
8)suka mencantas org lain dgn cara tersendiri.


Kebaikkan golongan ini..,


1)Menyayangi isteri/suami keluarga dan anak2 serta org2 sekelilingnya selagi mereka tak menjadi batu penghalang segala urusannya.
2)akan menjaga seluruh kebajikkan org2 yg sentiasa di belakangnya.
3)sanggup menghabiskan wang ringgit demi kepentingannya.
4)sentiasa memaksa diri utk membuat kebajikkan demi kepentingannya.
5)sentiasa memikirkan sesuatu yg baru bagi menarik minat org lain.
6)Boleh berubah serta merta dari baik ke x baik dan sebaliknya.
7)boleh menjadi lebih baik  dan ber iman teguh setelah usia senja, jika di izin Allah..,namun jumlahnya amat sedikit.


Kedudukkan golongan ini ;


Golongan ini adalah yang paling ramai berbanding golongan yang di pilih, golongan ini biasanya ujud di sekitar kita ,seperti pejabat2, kerajaan ,swasta,pakar2,  profesional2,..   paling ramai  golongan ini ujud di kalangan org2 politik dan menganggotai politik  kerana difikirkan bahwa politik satu2nya tempat yg menjanjikan kemewahan, kedudukkan ,dan di hormati.


Kesimpulan;


Jika golongan ini terdiri dari golongan bukan islam..,maka ini bolehlah di katakan asam garam kehidupan mereka ..,namun jika golongan ini dari umat islam..,maka amat merisaukan..,ia boleh merosakkan aqidah umat dan menyebabkan perselisihan yang berpanjangan..,


Jika kita fikirkan dalam satu permasaalahan..,jika jawatan seseorg itu yang sepatutnya disandang oleh orang lain ..,tetapi di cantas oleh org lain yang bukan Hak nya..,maka..inilah yang dikatakan ..,makan gaji hak org lain,menyara anak isteri dgn hak org lain walaupun zahirnya macam kita punya..FIKIR-FIKIRKANLAH.




Dipilih;


Golongan ini umpama  harapan ..,mempunyai kelayakkn yg sebenar..,mempunyai tanggungjawab yg besar, menjadi tulang belakang sesuatu organisasi, bekerja demi kebaikkan bersama.,, adakalanya bekerja macam robot yang di program,,.ada ketikanya tertekan, di sbbkan amanh yg tak tertanggung, masa depan yang cerah ,jawatan  sentiasa menanti mereka..,biasanya golongan ini akan dapat apa yang di citakannya..,adakalanya tidak,..   bergantung pada pegangan mereka...,berpendirian yang kuat.


Bahaya golongan ini;


1)sentiasa merasakan apa yang di buat semua betul,hinggakan sukar di tegur.


2)Suka menilai org lain dgn kelebihan diri sendiri.


3)Mudah terasa .


4)sentiasa risau dgn jawatan di atas yg bakal di duduki jatuh ketangan org lain.




Kebaikkan golongan ini;


1)Menjalankan tugas dgn lancar dan berkesan.


2)Amat memntingkan kebajikkan bawahan.


3)sentiasa mendengar permasaalahan bawahannya.


4)Ada ciri-ciri kepimpinan yg tinggi.


5)Menyayangi pasangan dan anak 2 serta seluruh keluarga .


6)Banyak berfikir sebelum bertindak.


7)suka menyelesaikan masaalah secepat mungkin.


8)menyayangi antara satu sama lain atas dasar sesama manusia.




Kedudukkan golongan ini;


Golongan ini lebih ramai dari golongan terpilih.,mereka berada di jabatan kerajaan,industry2,swasta2.,pakar2 .,profesional2.,ahli politik.,golongan ini ujud  10-15 org dalam setiap seratus org..,mereka bersih dari sikap mencantas hak org lain..,justeru itu tidak timbul soal makan gaji hak org lain..,


Kesimpulan;


Jika  diletakkan di mana2 sekalipun..,golongan ini akan menjalankan amanah tugas dgn menten tanpa ada masaalah.


Terpilih;


Golongan ini umpama awan yang sedang terapong..,walaupon keadaan kehulu kehilir ,ketepi ketengah..,tapi tak jatuh2 disebabkan hanya satu..,iaitu kerana perintah Allah Ta'ala.,;


Bahaya golongan ini adalah;


Hanya bahaya pada golongan bukan islam atau golongan munafik saja..,sebab golongan ini tak takut sesapa melainkan hanya pada  Allah SWT saja.


Kebaikkan golongan ini;


1)Sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap urusan mereka.


2)Tidak pernah meresa bahawa ada kuasa lain yg lebih hebat melainkan hanya kuasa Allah SWT saja yang Maha hebat.


3)Bagi org2 yg sombong dan bongkak akan selalu melihat tidak baik pada mereka..,namun bagi org2 yg beriman sentiasa nampak kebaikkan pada mereka.


4)Mementingkan keikhlasan kurnia Allah.


5)Sentiasa meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.


Kedudukkan;


Golongan ini amat sedikit..,kurang dari yg dipilih..nisbahnya..,1-2  org dalam seratus mungkin tiada langsung di sekitar kita..,mereka ini tiada kepentingan apa2..,sukar di kesan..,kalau adapun mungkin dengan lemparan sangkaan-sangkaan yg buruk..,Jumlah mereka lebih ramai di tempat2 yg di redhai Allah.,oleh kerana mereka ini mempunyai tugas2 tersendiri dalam masyarakat..,maka keujudan mereka seperti kilang2, pejabat2 swasta2 amat sedikit..,ada juga di arena politik..,


Kesimpulan;


Soal kerja dan keikhlasan tak perlu di ragui kerana keikhlasan dan kejujuran mereka sentiasa di pelihara oleh Allah SWT..,oleh kerana golongan ini tak ramai..,maka org menyukai mereka juga tak ramai..,oleh kerana tugas mereka hanya tertakhluk dari perintah Allah SWT..,Maka banyak golongan masyarakat yg memandang serong pada mereka ini..,namun mereka ini adalah golongan yg  sentiasa  di redhai Allah.wlhualm.




maaf jika ada banyak kekurangan,ambil yg baik,buang jauh yg x baik.


sekian terimakasih.

Tuesday, 22 November 2011

TANGGUNGJAWAP BERSAMA.


Tanggungjawab bersama.

oleh Ahmad Shaharudin Saleh pada pada 23hb November 2011 pukul 1.19 pagi
walau kita x layak berdakwah kerana kita bukan ;
Imam,
ulama.
ustaz.
ahli agama.
ahli tasauf.
ahli fiq.
ahli sufi.
jais jawi.
maim.
mufti.
ustazah.
atau yg serumpun dgnnye.
tapi tanggungjawap kita tetap sama...,umpama makanan...,jika ia sikit...,agihkan sikit..,jika banyak..agihkn banyak..
yg paling utama..sampaikan mengikut kadar yg Allah Ta'ala kurniakn pada kita,jgn mengharap pujian, jgn mengharap pulangan2 yg hebat..,Allah x suruh kita bergantung pada ''HARAP''..,Allah perintahkan kita hanya bergantung padaNYA..,adatnya manusia itu kebanyakknnya memang bergantung harap pada sesuatu..,adakalanya kita seolah2 menukar nama dari Takdir kepada Harap..,memanglah adatnya asbat /lintasan itu yg utama..,namun hati hanya Allah Ta'ala saja yg Maha Mendalam pengetahuanNYA..berbanding mumkinat/alam/yg baharu..,sebab itulah soal kata2/ucapan dari mulut itu juga mempunyai tugas yg amat besar ..,kerana ia boleh merosakkn aqidah org lain,begitu juga sebaliknya..,sebaiknye kita ssentiasa sedar bahawa kita adalah Adom/yg di ciptakanNYA..,bermakna kita memang sentiasa dalam keadaan kosong/nil...,sentiasa dalam keadaan bergantung Harap Ehsan Yang Maha Kaya,..Kaya Allah Ta'ala itu sentiasa bertambah dan tiada pernah luak/kurang..,sebagai contoh..,setiap sesuatu yg kita buat dan kita fikir itu adalah ciptaanNYA yg x pernah putus dari terus di menafaatkan oleh makhluk ciptaanNYA, oleh kerana Maha Hebat dan Maha Uniknya Ciptaan Allah Ta'ala itu..,sehinggakan ramai MakhlukNYA merasakan bahawa Aqal itu terlalu kompleks dan terlalu canggih utk di kaji, maka ujudlah berbagai-bagai andaian mahu pun theory dari kajian-kajian yang menggunakan alat2 canggih yg di kerjakan oleh pakar2 saintis dunia masa kini bagi menjelaskan kpd manusia bahawa setiap sesuatu itu ada mempunyai puncanya..,namun hasilnya mereka akan dapati puncanya dari alam itu sendiri..,bermakna.. mereka belum dapat mengkaji punca sebenarnya..sebab itulah jika kita perhatikan SEOLAH-OLAH Allah Ta'ala tak menyebelahi umat islam dalam hal-hal pembangunan teknoloji ,saintis dan sebagainya..,sebenarnya ALLAH TA"ALA TIDAK BEGITU SIFATNYA..,Malah kerana Sifat KeadilanNYAlah yg menyebabkan ramai Makhluk ciptaanNYA yg ingkar dan mungkar itu di ANUGERAHKANNYA idea-idea yg luar biasa dan canggih manggih bagi menyelesaikan masaalah kesesatan mereka sendiri..,hasil-hasil kajian mereka itu sebenarnya tak terhijab langsung akan sesuatu yang Maha Agong.... Allah Yang Maha Esa,Begitu terang-terangan Allah Ta'ala menunjukkn kebesaranNYA kepada seluruh Alam..,dalam tak di sedari..umat islam juga ada yang hanya di kurniakn islam tapi tidak iman,namun begitu..dapat kita di kurniakan islam itupun dah cukup-cukup besar dan hebat dan banyak-banyak untung,Hebatnya islam yang Allah Ta'ala anugerahkan kpd makhluk yg di kehedakiNYA ini sebenarnya terlalu besar dan unik untuk di jelaskan,sebab ia(islam) mempunyai terlalu banyak kesempurnaan ,keistimewaan dan kehebatan-kehebatan yang hanya org2 tertentu saja yg di kehendaki oleh Allah sebagai WakilNYA bagi Allah menjelaskan sesuatu mengikut KehendakNYA jua,sebab itulah jgn sekali-kali kita memandang rendah pada org2 yg bergerak menjelaskan Hukum 2 Allah SWT,mereka adalah golongan yg mendapat ilmu Islam dari Allah dan tugas mereka tak lebih hanya menyampaikan saja,walaupun ada yg menyampaikan dgn bahasa-bahasa kesat dan kasar selalunya hakikat mereka tak terkeluar dari kebenaran, jika mereka berdakwah dgn kasar dan kesat..,itu tak lain untung baik dan untung jahatnya dapat kat mereka juga..,Namun bagaimana pula nasibnya bagi org2 yang sudahlah tak jalankan tugas..malah bertindak sebagai penghalang pula pada org2 yg menjalankan tanggungjawab dakwah..,sebab itu dalam kata mudahnya...,jangan ganggu org yg menjalankan tugas kerana Allah swt suruh..,haruslah diingat bahwa islam itu umpama daun pintu yang terbuka luas(pintu kebenaran ke arah Tuhan Yang Maha Pencipta)..,namun apakah yang menyebabkan kita tak mahu masuk? sebab di luar pintu itu mempunyai banyak ciptaan-ciptaan yang menarik-narik hawa nafsu utk di lalaikan..,Hakikatnya..,yang di luar pintu itupun adalah Hak Allah Ta'ala,Oleh kerana Maha Kasih dan Maha Pemurah Allah Ta'ala itu...,maka di benarkanNYA MakhlukNYA menikmati Rahmatnya dgn satu lagi Anugerah..,Iaitu Al-Quran Dan Hadis Rasulullah SAW,dalam pada itu..,Allah Ta'ala meletakkn satu lagi makhlukNYA didalam setiap anak2 Adam itu sebagai alat perhubungan yg ghaib tarhadap penciptaNYA..,alat perhubungan itu juga mempunya kurnia yg hebat ,iaitu berdolak -dalik atau tunduk pada Arahan Pemerintahnya,maka disinilah rancaknya komunikasi yang berterusan yg Allah Ta'ala jelaskan hakikat kebaikkan dan hakikat keburukkan bagi yang di kehendakiNYA,Disinilah Allah Ta'ala menentukan kedudukkan setiap insan itu,sama ada menjadi islam yg beriman,islam atas nama saja,atau apa saja yang melibatkan niat seseoarang itu..,sebab itulah kita jangan heran jika ada golongan islam yang menjadi kafir..,dan ada golongan kafir yang mendapat dorongan untuk memeluk islam..,timbang taranya semuanya di dalam hati(ghaib) itu sendiri..,jika kita berhujah menggunakan lidah mengenai hala tuju yg selesa utk kita anuti...,maka ulama2,ustaz2 mufti2 ahli2 agama , jumhur ulama...,boleh menilai sejauh mana kedudukkan seseorg itu terhadap agamanya..,tapi jika perdebatan itu berlaku didalam diri/hati (ghaib)nya...maka Allah SWT lebih tahu apakah keputusannya ..,di sini saya ringkaskan bahwa tiap2 sesuatu itu bukan kita punya.., tidak bergerak walau sebesar zarah sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT..wallahualam.
maaf jika ada kesilapan,
trmksih.

Saturday, 19 November 2011

memahami tabarruj.


Larangan Syara’ Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita

Posted: December 9, 2009 in artikel.pilihan.kuFikih Muslimah
Tags: ,
6
بسم الله الرحمان الرحيم
SOALAN:
Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak  menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian?
JAWAPAN:
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik  perhatian ataupun tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, tetapi berhias.Contohnya perbuatan seperti memakai mak e-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan inimenarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang,  walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapimenarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang  mereka sembunyikan
[An-Nur (24):31].
Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.
KESIMPULAN:
Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalahdilarangBerpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.
Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak.  Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian.
Allah Subhanahu wa Taala* berfirman :
الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ
عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ
يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..
[An-Nur (24) : 31]
مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ“…kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,  pernah bersabda,
إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan
[Riwayat Abu Dawud]
Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.
Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Allah Subhanahu wa Taala  berfirman;
جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…
[Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
Wallahu’alam.
Endnotes/Sources: Originally by Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta, Islamic Revival.
<Aduhai teman, tidakkah kau sedar bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan? Maka, perlulah kita bersegera kembali kepada hakiki. Menuai bekalan bagi menempuh perjalanan ke negeri abadi itu… Sesungguhnya teman, persinggahan ini cumalah satu… sekali sahaja… hanya satu tiket, satu perhentian… bangunlah, usah kita terus terleka dalam mimpi yang sementara ini…>
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء