Bismillahirrahmanirrahim.
Saya tertarik dgn satu buku yg bertajuk JINAYAH MURTAD (dari sudut hukum syara' dan perundangan Islam)
Sedikit sebanayk yang dapat kita kongsikan bersama adalah mengenai perkara2 yang kita lalui , kita dengari yang ada berlaku di persekitaran kita, yang mana dalam kita tak sedar ..ada di antaranya boleh menyebabkan termurtadnya seseorg islam itu secara automatik, mungkin ada yang mengatakan bahwa jika kita mengatakan sesuatu itu tanpa niat maka tidak di kira jatuh murtad, tapi sekiranya seseorg itu tahu dan faham bahawa apa yang di katakannya itu memang boleh membawa kepada gugurnya keislamannya adakah masih di kira niatnya itu. tak tergugur keislamannya.?sebab itu saya ingin mengajak saudara-saudari sekelian berfikir sejenak mengenai tuturkata mahupun amalan yg kita lalui setiap hari,,
Dalam muqaddimahnya;
kepentingan undang2 jinayah murtad yg berterasakan Al-Quran dan Hadis merupakan perkara utama utk menjaga kesucian agama Islam sebagai agama fitrah,iaitu agama Allah yang menciptakan manusia semula jadinya utk menerima agama Islam selaku agama yg betul benar, Firman Allah Ta'ala;
Maka hadapkanlah dirimu-wahai Muhammad !Dan pengikut-pengikutmu kearah agama yang jauh dari kesesatan,Turutlah terus agama Allah,iaitu agama yang Allah menciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semulajadinya lagi untuk menerimanya,tidaklah patut ada sebarang perubahan-janganlah kamu mengubah agama Allah yang berdasarkan tauhid kepada sebarang perbuatan syirik. Itulah agama yang betul lurus, Tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.
[Surah ar-Rum;30]
Perkara-perkara yang menyebabkan menjadi murtad;
1. Seseorang yang mukallaf boleh menjadi murtad di sebabkan i'tiqad.atau di sebabkan perkataan.
2. Seseorang islam boleh menjadi murtad(terkeluar dari agama islam) di sebabkan i'tiqad(kepercayaan yang bercanggah dengan agama islam.
Diantaranya;
1) Tidak mengaku bahwa Allah Ta'la ialah Tuhan yang berhak di sembah.
2) Tidak mengaku atau ragu-ragu bahwa Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah,atau mengingkari salah seorang Rasul-Rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad SAW.
3) Tidak mengakui bahawa Al-Quran itu di turunkan kpd Nabi Muhammad SAW dgn perantaraan Malaikat Jibrail.
4) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang di sebutkan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
5) Tidak mengakui adanya Malaikat-Malaikat dan segala urusan yang di serahkan oleh Allah kepada Malaikat-Malaikat itu.
6) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari Kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dgn hari Kiamat ,seperti Syurga, Neraka dan lain-lain.
7) Tidak mempercayai Qadha dan Qadhar iaitu buruk dan baiknya semuanya di tentukan dan datang dari Allah SWT.
8) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma' sahabat-sahabat Nabi SAW dalam perkara-perkara agama.
9) Menghalalkan perkara yang telah di haramkan Allah dgn dalil-dalil qat'ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba dan sebagainya.
10) Mengharamkan perkara-perkara yang telah di halalkan Allah dgn dalil-dalil qat'ie, seperti jual beli,berkahwin,sewa menyewa dan sebagainya.
11) Mengingkari perkara-perkara yang telah di ketahui oleh semua orang Islam sesuatu perkara yang telah di tentukan dan di tetapkan dalam agama,seperti mengingkari bilangan waktu solat dan raka'atnya.
12) Tidak mengakui kewajipan yang telah di sabitkan dgn dalil-dalil qat'ie,seperti solat lima waktu sehari semalam,puasa sebulan Ramadhan ,zakat,Haji dan sebagainya.
Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan melakukan perbuatan yang di haramkan Allah dan RasulNYA serta mengharuskan perbuatan-perbuatan itu. Diantaranya;
1) Sujud menyembah berhala.
2) Sujud menyembah matahari dan bulan.
3) Sujud kpd makhluk-makhluk seperti sujud kpd manusia,haiwan ,kayu dan batu.
) Membuangkan Al-Quran atau Hadis Nabi SAW ke dalam najis dan memijak- mijaknya.
Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan yang menunjukkan kpd kekufuran. Diantaranya;
1) Mengatakan Allah Ta'la bersekutu dan berbilang-bilang,atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.
2) Mengatakan syariat Islam yang di turunkan Allah bukan utk mengatur perhubungan di antara individu dgn masyarakat dan negara.
3) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib di laksanakan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dgn keadaan hidup masyarakat hari ini.
4) Mengatakan sebahagian hukum-hukum Islam tidak sesuai lagi di pakai pada hari ini,hanya sesuai pada masa yang silam.
5) Mengatakan undang-undang ciptaan manusia lebih baik daripada undang-undang Allah.
6) Mengatakan tafsiran Al-Quran yang tafsir oleh ulama-ulama yang dahulu tidak sesuai lagi di gunakan sebagai dasar hukum Islam hari ini,dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukkan negara pada masa kini.
7) Mengatakan bahawa Qadha dan Qadhar(takdir dan ketentuan Allah)bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri,atau dari kekuatan alam.
8) Mengatakan bahawa Allah Ta'ala adalah salah satu dari tiga Tuhan ,iaitu Isa,Maryam dan Ruh Qudus.
Firman Allah Ta'ala;
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu); siapakah yang memberi rezki kepada kamu dari langit dan bumi?Atau siapakah yang mengusai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati,dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup?Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekelian alam?(dengan pertanyaan tersebut) Maka mereka yang musyrik itu tetap akan menjawab(mengakui) dengan berkata; Allah jualah yang menguasai segala-galanya''Oleh itu katakanlah;(jika kamu mengakui yang demikian),Maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
[Surah Yunus; 31.]
Didalam Al-Quran Allah Ta'ala telah menggesa umat Islam berpegang kepada ijma' dan tidak menentang ajaran Rasulullah SAW.
FirmanNYA;
Dan sesiapa yang menentang( ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk(yang di bawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,Kami akan berikannya kuasa untuk melakukan( kesesatan) yang di pilihnya, dan(pada hari akhirat kelak) Kami memasukkannya kedalam Neraka jahannam,dan Neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
[Surah an-Nisaa'; 115]
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini mudah2an dapat di jadikan ilmu pengetahuan bagi setiap yang membacanya,dan saya sangat mengalu-alukan teguran di atas apa saja kesilapan yang tak di sengajakan ,sama-samalah kita membetulkan yang salah kerana itu juga satu kewajipan buat umat Islam,insyAllah.
Saya juga mengambil sedikit semakkan melalui penyusunan;
Haji Said bin Haji Ibrahim
(Bekas Mufti Negeri Sabah)
No comments:
Post a Comment