Saturday, 12 November 2011

KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'E

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


1) ''   Saya tidak berbahas dengan seseoarang,sedangkan saya menghendaki dia itu salah,setiap ilmu yang ada
 di dad ku  maka aku sangat berkeinginan untuk mengajarkannya kepada setiap orang dan aku tidak mahu ilmu itu di nisbahkan kepadaku''


2) ''   Saya tidak berbicara dengan sesiapapun melainkan saya tidak peduli apakah kebenaran itu Allah nampakkan atas lidah saya atau lidahnya''.


3)  ''  Apabila anda menemui dalam kitab-kitab ku yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW,Maka ambillah yang sesuai dengan sunnah Rasull dan tinggalkan apa yang saya katakan''.


4) ''   Apabila anda masuk ke suatu kota dan anda tidak menemui padanya walaupun seorang hakim yang adil,tidak ada air yang mengalir dan tidak ada doktor yang peramah,Maka anda jangan tinggal di kota itu''.


5)  ''   Tidak ada satu amalan pun yang paling mendekatkan dirimu kepada Allah SWT,selepas solat fardhu  yang lebih afdal selain daripada menuntut ilmu ''.


6)   ''  Barang siapa tidak menyenangi ilmu berati tidak akan ada kebaikkan pada dirinya,Oleh itu jangan sampai ada di antara anda dan dia saling kenal mengenal dan menjadi teman''.


7)   ''  Jika Fuqaha'' yang beramal dengan ilmu mereka bukan merupakan wali-wali Allah,Maka tentula tidak ada bagi Allah ,seorang wali pun''.


8)    '' Berkata Abdul Hakam kepada Imam Syafi'e'' jika kamu bertekat untuk tinggal di sebuah negeri(mesir) maka kamu hendaklah mempunyai makanan yang cukup untuk satu tahun dan kedudukkan mu di muliakan di sisi pemerintah'', Lalu Imam Syafi'e menjawab'' hai Abu Muhammad,Sesiapa yang tidak merasa mulia dengan Taqwa,Maka tidak ada kemuliaan baginya'',Bahawasanya aku telah di lahirkan di Gaza dan di besarkan di Hijaz,Kami sama sekali tidak memiliki persiapan  makanan untuk satu malam pun tetapi kami tidak pernah tidur dalam keadaan lapar''.


9)   ''  Imam Al-Muzani berkata'' Aku bertanya kepada Imam Syafi'e,''kenapa anda bertongkat sedangkan anda bukan seorang yang lemah'',Imam Syafi'e menjawab ''Aku melakukan semua ini supaya aku selalu ingat bahawa aku adalah seorang musafir yang sedang menuju kepada Allah''.


10)  '' Bertemankan seseorang yang tidak mempunyai rasa malu,akan memalukannya di hari Kiamat kelak''.


11)  '' Kamu dilahirkan dalam keadaan merdeka,Maka teruslah menjadi orang yang merdeka''.


12)  '' Sebagaimana mata mempunyai batasannya,begitulah dengan akal yang juga memiliki ruang lingkup yang terbatas''.


13)  '' Kalau aku memuliakan seseorang lebih dari kedudukkannya, nescaya sebanyak itulah aku akan di hinakannya''.


14)  ''  Sifat pemurah dan dermawan akan menghilangkan keaiban di dunia dan akhirat''.






Kata-kata mutiara Imam Syafi'e ini di ambil dari;sebuah buku. yang di karang oleh Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin,
Terbitan ; Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat,




    sekian, jika ada yang tersalah mohon tegur dan perbetulkan . 

                   

No comments:

Post a Comment