Wednesday, 23 November 2011
Beza antara orang yang ;
Memilih,
Dipilih,
Terpilih,
Orang yang memilih umpama layang-layang ..,hanya mampu naik keatas dengan bantuan angin..,setelah naik keatas ..,hanya mengikut arah angin... sesorg yg x berpendirian,yang x mempunyai kekuatan mental
bagi tujuan sesuatu..,golongan ini biasanya suka duduk di atas pagar..,kerana memilih di mana yang mesti di halakan samaada jasanya, kepakarannya, kekayaannya, keuntungannya,kebijakkannya dan sebagainya..,Biasanya golongan ini mempunyai kebijakkn dalam berkata-kata..,banyak rakan ,kengkawan , ada yg kemas..,ada yang x kemas, sanggup melakukan apa saja yg boleh mendapat faedah yg berbaloi, memaksa diri perihatin kpd sesuatu yg dia sendiri x minat, jika berhujah suka copy pendapat org lain, bijak menafi sesuatu, bijak memutar belit fakta, rajin membuat sesuatu walaupun x di sukai asalkan pulangannya berbaloi, pakar dalam bermuka-muka.
Bahaya golongan ini adalah;
1)sanggup melakukan kekejaman terhadap orang lain jika keadaanya memaksa, walaupun bukan salah orang lain.
2)sanggup membunuh jika terpaksa walaupun bukan salah org lain.
3)memntingkan maruah diri dari nyawa org lain.
4)sentiasa memerhatikan peluang yg ada walaupun peluang itu hak org lain.
5)berbuat baik, menabur budi, bagi mengharap di hormati.
6)sentiasa mencari sebanyak mungkin pengaruh bagi kekuatan diri.
7)mengambil hak org lain dgn cara terhormat(undang2) atau tipu helah, atau paksaan.
8)suka mencantas org lain dgn cara tersendiri.
Kebaikkan golongan ini..,
1)Menyayangi isteri/suami keluarga dan anak2 serta org2 sekelilingnya selagi mereka tak menjadi batu penghalang segala urusannya.
2)akan menjaga seluruh kebajikkan org2 yg sentiasa di belakangnya.
3)sanggup menghabiskan wang ringgit demi kepentingannya.
4)sentiasa memaksa diri utk membuat kebajikkan demi kepentingannya.
5)sentiasa memikirkan sesuatu yg baru bagi menarik minat org lain.
6)Boleh berubah serta merta dari baik ke x baik dan sebaliknya.
7)boleh menjadi lebih baik dan ber iman teguh setelah usia senja, jika di izin Allah..,namun jumlahnya amat sedikit.
Kedudukkan golongan ini ;
Golongan ini adalah yang paling ramai berbanding golongan yang di pilih, golongan ini biasanya ujud di sekitar kita ,seperti pejabat2, kerajaan ,swasta,pakar2, profesional2,.. paling ramai golongan ini ujud di kalangan org2 politik dan menganggotai politik kerana difikirkan bahwa politik satu2nya tempat yg menjanjikan kemewahan, kedudukkan ,dan di hormati.
Kesimpulan;
Jika golongan ini terdiri dari golongan bukan islam..,maka ini bolehlah di katakan asam garam kehidupan mereka ..,namun jika golongan ini dari umat islam..,maka amat merisaukan..,ia boleh merosakkan aqidah umat dan menyebabkan perselisihan yang berpanjangan..,
Jika kita fikirkan dalam satu permasaalahan..,jika jawatan seseorg itu yang sepatutnya disandang oleh orang lain ..,tetapi di cantas oleh org lain yang bukan Hak nya..,maka..inilah yang dikatakan ..,makan gaji hak org lain,menyara anak isteri dgn hak org lain walaupun zahirnya macam kita punya..FIKIR-FIKIRKANLAH.
Dipilih;
Golongan ini umpama harapan ..,mempunyai kelayakkn yg sebenar..,mempunyai tanggungjawab yg besar, menjadi tulang belakang sesuatu organisasi, bekerja demi kebaikkan bersama.,, adakalanya bekerja macam robot yang di program,,.ada ketikanya tertekan, di sbbkan amanh yg tak tertanggung, masa depan yang cerah ,jawatan sentiasa menanti mereka..,biasanya golongan ini akan dapat apa yang di citakannya..,adakalanya tidak,.. bergantung pada pegangan mereka...,berpendirian yang kuat.
Bahaya golongan ini;
1)sentiasa merasakan apa yang di buat semua betul,hinggakan sukar di tegur.
2)Suka menilai org lain dgn kelebihan diri sendiri.
3)Mudah terasa .
4)sentiasa risau dgn jawatan di atas yg bakal di duduki jatuh ketangan org lain.
Kebaikkan golongan ini;
1)Menjalankan tugas dgn lancar dan berkesan.
2)Amat memntingkan kebajikkan bawahan.
3)sentiasa mendengar permasaalahan bawahannya.
4)Ada ciri-ciri kepimpinan yg tinggi.
5)Menyayangi pasangan dan anak 2 serta seluruh keluarga .
6)Banyak berfikir sebelum bertindak.
7)suka menyelesaikan masaalah secepat mungkin.
8)menyayangi antara satu sama lain atas dasar sesama manusia.
Kedudukkan golongan ini;
Golongan ini lebih ramai dari golongan terpilih.,mereka berada di jabatan kerajaan,industry2,swasta2.,pakar2 .,profesional2.,ahli politik.,golongan ini ujud 10-15 org dalam setiap seratus org..,mereka bersih dari sikap mencantas hak org lain..,justeru itu tidak timbul soal makan gaji hak org lain..,
Kesimpulan;
Jika diletakkan di mana2 sekalipun..,golongan ini akan menjalankan amanah tugas dgn menten tanpa ada masaalah.
Terpilih;
Golongan ini umpama awan yang sedang terapong..,walaupon keadaan kehulu kehilir ,ketepi ketengah..,tapi tak jatuh2 disebabkan hanya satu..,iaitu kerana perintah Allah Ta'ala.,;
Bahaya golongan ini adalah;
Hanya bahaya pada golongan bukan islam atau golongan munafik saja..,sebab golongan ini tak takut sesapa melainkan hanya pada Allah SWT saja.
Kebaikkan golongan ini;
1)Sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap urusan mereka.
2)Tidak pernah meresa bahawa ada kuasa lain yg lebih hebat melainkan hanya kuasa Allah SWT saja yang Maha hebat.
3)Bagi org2 yg sombong dan bongkak akan selalu melihat tidak baik pada mereka..,namun bagi org2 yg beriman sentiasa nampak kebaikkan pada mereka.
4)Mementingkan keikhlasan kurnia Allah.
5)Sentiasa meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.
Kedudukkan;
Golongan ini amat sedikit..,kurang dari yg dipilih..nisbahnya..,1-2 org dalam seratus mungkin tiada langsung di sekitar kita..,mereka ini tiada kepentingan apa2..,sukar di kesan..,kalau adapun mungkin dengan lemparan sangkaan-sangkaan yg buruk..,Jumlah mereka lebih ramai di tempat2 yg di redhai Allah.,oleh kerana mereka ini mempunyai tugas2 tersendiri dalam masyarakat..,maka keujudan mereka seperti kilang2, pejabat2 swasta2 amat sedikit..,ada juga di arena politik..,
Kesimpulan;
Soal kerja dan keikhlasan tak perlu di ragui kerana keikhlasan dan kejujuran mereka sentiasa di pelihara oleh Allah SWT..,oleh kerana golongan ini tak ramai..,maka org menyukai mereka juga tak ramai..,oleh kerana tugas mereka hanya tertakhluk dari perintah Allah SWT..,Maka banyak golongan masyarakat yg memandang serong pada mereka ini..,namun mereka ini adalah golongan yg sentiasa di redhai Allah.wlhualm.
maaf jika ada banyak kekurangan,ambil yg baik,buang jauh yg x baik.
sekian terimakasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment