Friday, 28 October 2016

Akal yang stabil dan pura-pura stabil


Dulu kita di beri tahu bahawa orang yg berfikiran atau berpandangan seimbang itu adalah mereka yg tidak berat sebelah atas apa saja keadaan, Dan dikatakan bahawa orang yg berfikiran seimbang ini adalah seorang yg sangat adil.
................
Tapi penjelasan itu sebenarnya tak tepat, sebenarnya tidak ada keadilan pada diri manusia itu melainkan ia benar-benar beriman pada Allah SWT.
..................
Keadilan, keseimbangan , xkan ujud tanpa keimanan yg betul. Sejarah membuktikan dari zaman Nabi Adam a,s lagi sudah berlaku ketidak seimbangan sikap manusia,
...................
Contohnya, anak Nabi Adam a,s , kesah Habil dan Qabil itu menunjukkan bahawa. Antara yg setabil dan x setabil, yg x setabil itu bertindak ganas dan membunuh .
....................
Seterusnya perjalanan Nabi dan Rasul, Nabi dan Rasul itu adalah setabil Imannya, sebab itulah pesuruh Allah SWT itu sentiasa mendapat tentangan dari golongan yg x setabil.
.......................
Hanya golongan yg setabil saja yg akan faham dan ikut Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul di zaman masing-masing,
......................
Bila Nabi atau Rasul itu di angkat(di Wafatkan) oleh Allah SWT, pasti akan ada yg akan bangkit menyesatkan umat pada zaman itu, begitulah seterusnya hingga kepada Umat Rasul yg terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
.......................
Kita dapat saksikan dgn sangat jelas pada zaman yg serba mencabar ini, betapa ramai manusia yg berlumba-lumba menonjolkan diri nak menampakkn diri mereka sebagai setabil,
............................
Tapi bila di sentuh atau di masukkn sesuatu yg berkaitan agama islam....serta merta kita akan dapati ketidak adilan atau ketidak setabilan diri mereka, samaada hujah,pandangan mahupun pegangan pribadi mereka,
...........................
Kita x perlu pandang terlalu jauh hingga ke Mesir ,kerana banyak yg kita x tahu, cukup kita pandang pada gelora politik dalam negara sendiri, bila mana perpaduan dan kerjasama itu boleh menjadi terlerai hanya di sebabkan ruu355 .
...................
Memang ada pro dan kontranya, tapi manusia mmng xkan tahu kestabilan isi hati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kawan yg berbesa ideologi di tambah pula pegangan agama yg berbeza.
.....................
Apa yg menariknya disini, dalam keadaan masyarakat majmuk negara ini, kita dapat lihat manusia itu boleh terasing dgn sendirinya hanya dgn ruu355 (terkini) dan hudud (sebelum ini).
..................
Umpama minyak yg terasing di air, xkan bercampur, tidaklah menjadi pelik jika ada yg beranggapan ruu355 sebagai permainan politik, dan tidaklah menjadi hairan jika ada yg beranggapan hududullah itu juga di politikkan, 
.......................
Kestabilan pemikiran itu ada dua perkara yg akan menjadikannya tak seimbang, 
-pertama apa yg di kehendakinya atau di sukainya,
-kedua apa yg di bencinya atau di tolaknya .
Manakala pura-pura seimbang tiada kebaikkn.
........................
Bagi yg tak seimbang di sebabkan menolak perkara yg baik utk umat islam, seperti hudud atau ruu355, mereka ini akan mencari seberapa banyak idea dan bahan bukti untuk tujuan mengubati atau menyeimbangkan atau menstabilkan akal dan hati mereka (semula, jika mereka umat islam, kita katakan sebagai istidraj ,)
........................
Bagi yg tak seimbang disebabkan niat nya utk memperkasakan samaada ruu355 atau pun hududullah itu ditolak oleh org lain, mereka ini juga akan sedaya upaya mencari idea seberapa banyak bagi tujuan mengatasi lojik akal yg menyerang mereka , seterusnya menyeimbangkan akal dan hati meteka. (Berusaha bertahan melawan dugaan dgn keimanan dan takwa). Ini sangat berat.
.........................
Manakala pura-pura seimbang juga tidak di nafikan keujudannya, golongan ini lebih kepada nak menunjukkan diri sebagai org yg seimbang, tapi hakikatnya pemikiran dan pandangannya lebih kepada hawa nafsu , jiwa mereka umpama lalang, banyak kondem sana kondem sini ikut suka-suka hati .
.....................
Biasanya mereka ini paling banyak menggunakan ayat-ayat seperti yg mencela dan merendahkan seseorg atas sebab nafsunya yg huru hara.
....................
Wallahuaklam.
Muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment