Sunday, 30 October 2016

Wahabi itu perlu di bezakan.


Wahabi sudah menjadi satu perkataan yang di campur adukkan antara yang hak dan bathil.
Takda asal yang mengatakan Syeikh Muhammad B Abdul Wahab itu menjatuhkan kerajaan Turki,
..............
Sebaliknya Muhammad B Abdul Wahab itu yg bangkit menyelamatkan aqidah umat islam yg semakin ramai terpesong ..,  kebetulan pada ketika itu adalah di zaman jajahan kerajaan Uthmaniah yg luas,  ada di antara wilayah -wilayah jajahannya yang mengalami kejatuhan ekonomi yg menyebabkan ramai yg tertekan dan  ada yg tersesat tanpa bimbingan alim ulamak yang hebat dan mantap..
...........
Sebaliknya pehak barat menyelusuri rakyat jajahan Turki dan menghasut agar mereka semua lepaskan diri dari jajahan Turki, dengan  cara menuntut kemerdekaan,,
.......
Sedangkan Muhammad Abdul Wahab itu sebenarnya bangkit menyelamatkan aqidah rakyat yg memohon sesuatu kepada Allah melalui makam-makam .(menyengutukan sesuatu dengan Tuhan). ada yang membangunkan makam-makam  dgn begitu indah bagi tujuan  di jadikan tempat perantaraan. memohon kepada Allah SWT, .sedangkan masjid-masjid lebih sesuai untuk di jadikan tempat beramal ibadat kepada Allah SWT,
........
Pehak barat dan pehak yg munafik sangat bijak bersandiwara ,kerana merekalah yg sangat inginkan perpecahan agar amalan mereka itu bebas di lakukan tanpa gangguan Muhammad Abdul Wahab dan seaqidah dgnnya.
........
Manakala pehak barat pula memang dahagakan perpecahan dalam pentadbiran uthmaniah, kerana banyak sebab,
Antaranya pentadbiran uthmaniah yg berpusat di Turki itu terlalu besar, menyebabkan barat sukar membentuk sebuah negara zionist di Palastine, seperti yg kita sedia  maklum, , bertebarannya kaum Yahudi di atas muka bumi ini adalah ketentuan Allah SWT,
........
Oleh kerana pusat pentadbiran kerajaan Islam Uthmaniah itu luas dan jauh di Turki, menyebabkn beberapa kelemahan timbul , itu memang tak di nafikan,
..........
walaubagaimanapun pehak Pusat cuba merapatkan hubungan dgn rakyat jajahannya dgn projek keretapi yg sangat panjang perjalannya, menembusi wilayah jajahannya dan telekomunikasi yg terbaik pada masa itu , namun segalanya di gagalkan secepat mungkin oleh puak yg takut hilang kuasa di tambah pula ekonomi tergendala,menyebabkan sukar utk kelancaran pentadbiran.dan menafaat pengangkutan yg mampu bergerak hingga ke Mekkah.
.......
dan hinggalah cita-cita musuh Islam itu berjaya menguasai minda rakyat yg hilang keyakinan .
dan dalam pada itu pehak barat merancang utk memecah-mecahkan jajahan Turki itu kepada pehak-pehak yg ikut membantu mereka menumbangkan jajahan Turki,
........
dan akhirnya musuh Islam dan musuh dalam lipatan , dan kaum islam yg hilang sabar inilah yg bersama-sama berganding bahu
memastikan kejatuhan sebuah empayar besar Islam.
.........
, dan agihan -agihan (pentadbir di negara yg di pecah-pecahkan) di berikan kepada mereka yg bekerjasama, dan perjanjian-perjanjian mereka itulah yg menyebabkan negara-negara umat islam tidak bersatu pandangan lagi hingga ke hari ini,
...........
Manakala Muhammad b Abdul Wahab yg bangkit menyelamatkan kesesatan umat di rantau jajahan Turki di sebelah wilayah tanah Arab pada masa itu di anggap sebagai musuh utama  oleh pehak yang   ingin menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah,  kerana Muhammad b Abdul Wahab itu berusaha keras meluruskan semula kesesatan yg berlaku,
......
pehak musuh tahu Islam adalah agama tauhid yg kuat, dan kekuatan tauhid itu adalah iman, kerana itulah pehak musuh tidak mengambil orang Islam yg beriman sebagai rakan,
......
sebaliknya mereka hanya mengambil orang Islam yg lemah iman sebagai rakan. Kerana mereka tahu bahawa Islam ( yang lemah iman) adalah tempat yg sesuai  yg boleh di jadikan tempat bersarangnya cita-cita mereka,
.....
tapi Islam yg beriman memang langsung tiada ruang utk mereka godam pegangan mereka , melainkan ada keuntungan pada umat islam secara adil dan diredai Allah SWT.
..........
oleh kerana perjuangan Muhammad b Abdul Wahab ini menjadikan sebahagian rakyat jajahan Turki itu kuat, sabar dan menolak segala fitnah yg di tanam dan disuburkan oleh pehak musuh kapada umat Islam yg sudah hilang arah dan pertimbangan pada masa itu,
.....
menyebabkan dakwah Muhammad Abdul b Wahab ini tidak di terima oleh sebahagian yg lain (munafik dan yg hilang sabar serta lemah ) hinggalah beliau di ugut bunuh, dan beliau terus berdakwah di satu tempat jajahan Saud,
...........
dan di situlah pentadbiran Saud mengalu-alukan kehadirannya dan memberikan kerjasama yg padu, Muhammad Abdul b Wahab banyak menegur para penyembah kubur dan pehak yg meletakkan Saidina Ali di tempat yg salah itu agar tidak lagi berbuat demikian kerana ini akan mengelirukan umat Muhammad SAW yg menunaikan ibadat haji yg memuji Allah SWT.
..............
Kiranya masih ada yg keras dan degil , maka jalan terakhirnya mereka akan di usir keluar dari jajahan pentadbiran saud,
..............
Dakwah dan kebenaran yg muncul di jajahan saud itu menyebabkan ramai umat Muhammad SAW yg berada di luar jajahan saud itu terpanggil dan datang beramai-ramai merantau ke saud hanya utk belajar dan mengmbil semula kebenaran apa yg telah pudar selama ini,
...........
Oleh kerana kesungguhan hamba Allah ini berdakwah mengajak semula umat islam kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, secara istiqomah dan tegas.
........
Menyebabkan Muhammad b Abdul Wahab ini di kenali sebagai wahabi, sebenarnya gelaran itu bukanlah satu mazhab atau satu pegangan yang baru, sebaliknya wahab itu adalah nama gelaran yg di berikan pada beliau.
...........
Namun bergitu bagi pehak yg tak puas hati dgn cara Muhammad b Abdul Wahab ini yg menghalang amalan kepercayaan mereka, iaitu amalan yg tiada dalam kehidupan Nabi SAW, dan amalan tambahan yg tak sepatutnya, malahan ada yg terpesong (sesat),
......
Golongan inilah yg sehati sejiwa dgn musuh Islam menimbulkan persepsi kepada umat manusia di zaman itu dan selepas mereka bahawa Muhammad b Abdul Wahab ini adalah (mahzab wahabi ) . dan lebih membahayakan aqidah terhadap umat muhammad SAW adalah,
...........
Apabila sebut saja wahabi maka anggapan itu adalah satu mahzab yg menolak hadis dan Sunnah Nabi SAW , sedangkan sebenarnya Muhammad b Abdul Wahab hanya menentang perkara yg tiada dalam Al-Quran dan Sunnah SAW dan yg tidak berkaitan keduanya.
..........
Lebih bahaya lagi apabila wahabi itu sengaja di kaitkan dgn satu golongan yg ujud di zaman sebelum nya (andalusia).
........
sedangkan Mufti Andalusia pada ketika itu menfatwakan (mahzab wahabi), yg ujud di afrika  utara itu sebagai Khawarij, atas sebab golongan mereka keluar dari jemaah islam yg besar dan menentang dan mengkafirkan siapa saja yg tidak sehaluan dgn mereka. Dan golongan khawarij ini sudahpun di hapuskan oleh pahlawan islam zaman dulu,
............
Sedangkan. Muhammad b Abdul Wahab ini ujud ratusan tahun selepas zaman Andalusia,
.............
Terbukti gelaran wahabi itu mesti di asingkan fahamannya oleh setiap umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana ia mampu mencampur adukkan antara yg hak dan yg bathil.
...............
Kita telah lama di fahamkan bahawa siapa saja yg menyebut.. La ila ha illallah Muhammadu rasullullah adalah saudara se Islan kita, dan kita mengambil jalan moderate ,/ sederhana,
..............
Tapi kita lupa berapa banyak Allah SWT menyebutkan sifat kelakuan golongan munafik terhadap perjuangan Islam yg beriman, Bukankah iman itu adalah paling utama disisi Allah SWT..? .
.........
Bermakna ucapan dua kalimah itu juga mengutamakan Iman,
Kita hanya mampu menjadi saksi lafaz sahaja, tapi penerimaan ikhlas hati itu adalah dari Allah SWT,
.............
Oleh kerana kita tidak tahu hati sesama manusia, sepatutnyalah kita menolak apa saja kesesatan yg di lakukan oleh tubuh badan manusia itu sendiri,(zahir kelakuan) kerana apa yg di pamirkan itu adalah bukti jelas (samaada kelakuan itu berpandukan iman atau nafsu)utk umat manusia yg lemah menilai.
..........
Sebenarnya Syeikh Muhammad b Abdul Wahab langsung tiada kena mengena dgn kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah yang berpusat di Turki itu, sebaliknya kerajaan Uthmaniyyah telah pun mula dilemahkan sedikit demi sedikit oleh musuh Islam sejak 1699 lagi, dan terpaksa membuat penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Poland, Austria dan Venice ,
.........
Di sebabkan faktor-faktor rasuah, khianat, dan lantikkan-lantikkan jawatan kepada orang yg lemah,
termasuklah gerakkan rakyat yg berbilang kaum. dan ada banyak faktor lain lagi.

nota kaki;

Syeikh Muhammad B Abdul  Wahab - wafat  1206 H. 
    .
Abdul Wahab B Abdurrahman B Rustum - wafat 211 H .

Mufti /Imam  Lakhmi (Andalusia )  memfatwakan khawarij  -wafat 478 H.
Wallahuaklam.
Muhasabah diri

No comments:

Post a Comment