Friday, 28 October 2016
Pengorbanan pada akal dan iman.
Jika kita baca sejarah, kita tak jumpa satu pun kesah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang mengambil jalan dgn cara mengorbankan diri sendiri sebagai pilihan untuk mengangkat kebenaran atau untuk menggantikan diri sendiri sebagai penebus dosa atas kesalahan umat manusia di zaman mereka ataupun yg akan datang.
.....
Yg pernah kita baca hanyalah di korbankan. dan bukan mengorbankan diri, itupun bukan semua kesah itu sahih, ada pun kesah yg sahih adalah, Nabi-Nabi itu di bunuh kerana menegakkan kebenaran, dan bukan mengorbankan diri sendiri utk satu perjuangan,
......
Nabi -Nabi dan Rasul-Rasul xkan melakukan apa yg di larang oleh Allah SWT,
Ada pun kesah Nabi Ibrahim a,s dan anaknya Nabi Ismail a,s itu adalah dugaan iman ,...dan perintah dari Allah SWT, yang mana peristiwa itu Allah SWT gantikan dgn seekor kibas, (seperti yg kita sedia maklum)
.........
di sini kita dapati jelas bahawa Allah SWT tidak mahu korban itu di anggap sebagai sesuatu yg salah dan sia-sia., seperti mengambil jalan yg tidak ada tercatit sebagai yg hak.(sengaja mengorbankan diri untuk diingati dan disebut-sebut sebagai pencetus perubahan).
.........
Berbeza dgn kesah pejuang-pejuang yg menegakkan kebenaran dgn ikhlas kerana Allah , yg mana mereka itu berperang melawan musuh dan mengelak serangan musuh kerana Allah hinggalah mereka terkorban kerana Allah ,
......
dan bukan sengaja membiarkan senjata musuh sewenang-wenangnya hinggap pada mereka tanpa usaha dan ikhtiar untuk menepis dan mengelak dan bertindak balas,
.......
sudah tentu memperjuangkan yg hak itu mesti mengikut acuan dan perintah yang hak jua,
Selagi pengorbanan itu di tafsirkan dgn cara mengikut akal dan nafsu semata-mata, sudah pasti keputusannya akan menyimpang dari kebenaran .
.........
kerana tanpa di sedari secara halusnya (fe'il hati), sudahpun mempertuhankan makhluk, dan sesuatu yg menyimpang itu hasilnya akan di kaut ,di rebut ,di indahkan dan di angkat oleh mereka yg memang suka mempertuhankan makhluk (duniawi, akal, nafsu),
........
Bila ini berlaku, berkemungkinan jalan-jalan kebenaran yg di perjuangkan sekian lama yg semakin hampir itu akan jauh di kaburkan ....
.......
oleh sebuah pengorbanan (perjuangan yg lain) yg keliru dan sentiasa mengelirukan umat manusia dari jalan yg lurus dan memintas, demi dahagakan sebuah kuasa duniawi ,
.............
menjanjikan umat manusia keseronokkan agar mereka sentiasa leka lalai dan menyimpang.(mempertuhankan akal dan nafsu).
.........
Yang masih bertahan di jalan yg benar hanyalah mereka yg ber iman dan di pelihara oleh Allah SWT.
................
Wallahuaklam.
Muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment