Dalam dunia ini umat yang terbaik sekali adalah umat Nabi Muhammad SAW, ( umat Islam,) dalam golongan umat islam itu ada yang lebih baik, iaitu orang Islam yang beriman, oleh kerana umat yang beriman itu di kurniakan oleh Allah SWT, sifat kelakuan yang baik serta mulia dan beradab dalam berbagai perkara, menyebabkan ramai golongan non muslim kurang selesa , Antara perkara-perkara yg tidak di fahami oleh non muslim terhadap orang beriman adalah, tidak minum arak, tidak makan segala benda yg haram tidak berjudi dan macam-macam lagi, lebih merimaskan mereka adalah, orang beriman tidak makan riba, sedangkan riba itu adalah perbuatan yg menguntungkan bagi mereka, dan seks bebas pula sesuatu yg sangat di sukai oleh mereka, malahan segala yg bertentangan dgn org beriman adalah sesuatu yg mereka sukai, oleh kerana sesetengah non muslim ini salah sangka dgn org beriman, menyebabkan mereka menyangka bahawa org islam yg beriman ini suka menghina apa yg mereka suka, seperti khinzir, arak, berseronok, membuka aurat dan berbagai bentuk maksiat lagi, sedangkan sebenarnya umat islam yg beriman tidak sedikitpun menghina makanan dan minuman mereka serta apa saja maksiat yg mereka lakukan, Sebaliknya umat islam yang beriman hanya mematuhi perintah Allah SWT, sebagai umat islam yg beriman kepada Allah SWT, kita tidaklah menghina kepada kaum atau golongan yang tidak senang dengan corak hidup orang-orang yg beriman, kerana kita amat faham bahawa semuanya adalah makhluk ciptaan -NYA, Dan umat Islam yg beriman hanya berhati-hati di atas peringatan daripada Yang Maha Mengetahui, seperti ;
Firman-NYA
Firman-NYA
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)
Kerana itulah tak dapat tidak, kita umat Islam seluruhnya mesti bekerjasama dan saling memahami setiap kerenah dan gelombang yang berlaku pada dunia hari ini mahupun mendatang, dan carilah Ilmu yang bermenafaat, agar tidak bercakaran sesama sendiri, dan jgnlah di jadikan segala berita-berita yang tidak di ketahui asal usulnya sebagai bahan memecah belahkan sesama manusia, Sebagai umat Islam yg beriman, kitalah yang sepatutnya mendahului kebenaran dan memegang keadilan, oleh itu berhati-hatilah dengan segala berita yang di perolehi,sesuai dengan perintah-NYA,
Firman Allah ta;ala
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)Kerana itulah tak dapat tidak, kita umat Islam seluruhnya mesti bekerjasama dan saling memahami setiap kerenah dan gelombang yang berlaku pada dunia hari ini mahupun mendatang, dan carilah Ilmu yang bermenafaat, agar tidak bercakaran sesama sendiri, dan jgnlah di jadikan segala berita-berita yang tidak di ketahui asal usulnya sebagai bahan memecah belahkan sesama manusia, Sebagai umat Islam yg beriman, kitalah yang sepatutnya mendahului kebenaran dan memegang keadilan, oleh itu berhati-hatilah dengan segala berita yang di perolehi,sesuai dengan perintah-NYA,
Firman Allah ta;ala
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
..................................................................................................................................................................................................................
Perpecahan pada umat Islam ada beberapa sebab, antaranya.
..........
-Dalam kalangan umat islam itu ada golongan munafik, dan golongan munafik itu pula berpuak-puak kerana golongan mereka tidak berdiri atas keimanan yg hak,
- Golongan munafik hanya bersatu utk menyesatkan umat, dan bersatu untuk menolak hukum Tuhan, tapi tidak akan berminat utk mengangkat marwah/martabat agama.
-Golongan munafiklah yg akan berusaha menghasut umat dan bekerjasama dgn agenda luar.bagi merealisasikan cita-cita sesat mereka (menafikan kalam Tuhan).
Firman Allah SWT ;

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
(Al-Mujaadalah 58:14)
Golongan munafik juga sanggup bersumpah dusta demi di jadikan perisai untuk menyelamatkan diri dan harta benda mereka dari di rampas atau di bunuh, Allah SWT menjelaskan..

Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
(Al-Mujaadalah 58:16)
-Dan kesilapan yg paling besar adalah dari pemimpin itu sendiri,
Apabila pemimpin terlalu fokus pada duniawi, dan ambil mudah soal didikkan agama terhadap rakyatnya, Nanti kejahilan rakyat itulah akan menjadi senjata makan tuan, dan melakukan berbagai kerosakkan dan kehancuran. atas kejahilan beragama itu menyebabkan ...
.............
Rakyat akan terima apa saja hujah ,berita dan tipu helah dari musuh-musuh pemimpin tersebut bulat-bulat tanpa ikut hukum Tuhan Al-Quran . dan rakyat yg jahil ilmu agama lah yg akan paling keras semangat juangnya kerana berbekalkan semangat nafsu.
-akhirnya pemimpin itu sendiri akan tersepit akibat kesalahan sendiri (tidak menyebarkan kebenaran/Al-Quran). Tiada rakyat yg ber ilmu(Jihad fisabilillah) dapat membantu kerana bilangannya terlalu sedikit, akhirnya sebuah negara islam itu tumbang tanpa hala tuju yg hakikat,
-akhirnya golongan munafik akan di bantu oleh musuh islam utk melawan rakyat yang ber iman bagi memastikan negara islam itu membangun tanpa Islam ,
Maka peperangan sesama sendiri pun berlarutan selagi tiada yg tewas.
Di bawah ini adalah kesah benar yang berlaku selepas kejatuhan sebuah pentadbiran gara-gara kejahilan sesetengah manusia dalam memahami hukum Allah SWT. yang mana walau pun mereka berjaya menjatuhkan pemimpin mereka , tetapi keadaan menjadi lebih teruk dan tak terkawal akibat berita-berita palsu yg menjadi panduan mereka.
Baca dan fikirkan.
........................................................

Rakyat Libya Kesal Gulingkan Muammar Gaddafi
Posted on October 15, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|
Posted on October 15, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|
SELEPAS lebih lima tahun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh oleh rakyatnya sendiri, tiada siapa dapat menyangkal kenyataan bahawa negara itu mengalami huru-hara yang lebih teruk berbanding sebelumnya.
Atas nama demokrasi yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, fikiran rakyat Libya telah diracuni untuk bangkit menentang Gaddafi sehingga mengundang pemberontakan di seluruh negara dan campur tangan negara luar.
Menerusi pendedahan akhbar Zimbabwe, Sunday Mail, ramai rakyat Libya mula menyuarakan rasa kesal kerana terlibat dalam penggulingan Gaddafi pada 2011.
Bekas pejuang revolusi yang menyertai pemberontakan, Mohammed, 32, berkata, sebelum 2011, dia sangat membenci Gaddafi.
“Malah saya menyertai tentera revolusi sejak hari pertama dan berjuang menentang Gadaffi.
“Tetapi hari ini, kehidupan semakin sukar berbanding dulu dan (kini) saya menjadi peminat setia Gaddafi,” katanya.
Penunjuk perasaan Libya menyertai bantahan untuk mendesak Gaddafi berundur pada 2011. – BBC
Pekerja stesen minyak, Haroun, 41, turut menyuarakan kekesalan menggulingkan Gaddafi atas nama demokrasi.
“Tindakan menyingkirkan Gaddafi merupakan satu kesilapan jelas kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi.
“Kami juga memerlukan sokongan antarabangsa yang sehingga kini tidak muncul-muncul,” katanya.
Aktivis tempatan, Fadiel membuat perbandingan pada zaman pemerintahan Gaddafi dan zaman selepas beliau digulingkan.
“Lebih baik Gaddafi kekal memerintah kerana pada hari ini setiap orang sibuk bertelagah dan mencetuskan huru-hara. Situasi ini sangat memalukan,” katanya.
...................................
Grafiti yang memapar semangat revolusi dalam kalangan rakyat Libya untuk menyingkirkan Gaddafi pada 2011. – AGENSI
...................................
Grafiti yang memapar semangat revolusi dalam kalangan rakyat Libya untuk menyingkirkan Gaddafi pada 2011. – AGENSI
Kenyataan mereka itu mengulangi pendapat beberapa ahli politik Britain yang mengecam bekas Perdana Menteri David Cameron kerana mengetuai campur tangan di Libya pada 2011.
Pakatan antarabangsa yang diketuai Britan dan Perancis melancarkan serangan ke atas tentera Gaddafi selepas pemimpin negara itu mengugut untuk menyerang bandar Benghazi yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Cameron mendakwa, campur tangan itu perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai orang awam sedangkan, laporan baharu menyebut, Gaddafi tidak pernah memiliki rekod melancarkan serangan besar-besaran ke atas penduduknya sepanjang lebih 40 tahun memerintah.
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kumpulan pembangkang dan media barat ketika itu mengeluarkan berita yang mendakwa rejim Gaddafi telah mengarahkan tenteranya merogol wanita, menggunakan askar upahan dari negara asing dan mengerahkan helikopter untuk menentang penunjuk perasaan.
....................................
Detik-detik akhir sebelum Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada 2011. – AGENSI
....................................
Detik-detik akhir sebelum Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada 2011. – AGENSI
Tetapi laporan pertubuhan hak asasi manusia, Amnestu International gagal menemukan sebarang bukti yang menunjukkan kerajaan Gaddafi melanggar hak asasi dan banyak kes seperti didakwa media barat sangat meragukan.
Kini rakyat Libya mendapati kehidupan mereka lebih sukar berbanding di bawah pemerintahan Gaddafi kerana penduduk awam terpaksa berdepan situasi bekalan elektrik dicatu sehingga sembilan jam.
Selain itu, negara juga berdepan krisis kewangan yang serius, menyebabkan mereka sukar menerima gaji dan harga barangan asas juga melambung serta kekurangan bekalan ubatan.
Gejala rasuah yang berleluasa juga menyebabkan kadar matawang dinar Libya semakin lemah.
Sesetengah rakyat Libya yang sebelum ini merupakan antara orang terkaya di negara Arab, mula mempertimbangkan pilihan untuk melarikan diri ke negara Eropah bagi memulakan hidup baharu.
Pelajar perubatan, Salem, 26, dari Tripoli berkata, dia menyangka keadaan akan bertambah baik selepas revolusi tetapi sebenarnya bertambah buruk dan semakin teruk.
“Lebih ramai rakyat mati dibunuh sejak 2011 berbanding semasa revolusi atau di bawah pemerintahan Gaddafi.
“Kami tidak pernah berdepan masalah seperti ini ketika beliau memerintah.
“Duit sentiasa ada, begitu juga bekalan elektrik dan walaupun tidak memiliki gaji besar, tetapi semuanya murah dan hidup ini sangat teratur.
“Ramai rakan saya mahu lari dari kemelut ini dan menyambung pengajian di luar negara tetapi saya perlu menunggu selama setahun untuk mendapatkan pasport baharu.
“Walaupun saya mendapat pasport, mungkin sukar untuk memohon visa kerana tiada lagi kedutaan asing di negara ini sejak 2014.
“Saya berasa seperti hidup di penjara di negara sendiri dan saya mula membenci negara saya ini,” katanya.
......................................
......................................
Pemandangan yang biasa dilihat oleh rakyat Libya di jalanan sejak Gaddafi digulingkan. – AGENSI
Soal keselamatan di Syria juga semakin hancur apabila rakyat tidak lagi berani untuk keluar pada waktu malam.
Ibu kepada seorang anak, Sara, 50, berkata, ketika zaman Gaddafi, dia biasa keluar malam berseorangan tanpa rasa takut.
“Tetapi kini saya tidak lagi berasa selamat untuk keluar apabila hari sudah gelap,” katanya.
Selain itu, ikatan kemasyarakatan rakyat Syria yang terdiri dari pelbagai puak juga sudah terputus apabila setiap wilayah, pekan dan puak hanya menjaga kepentingan masing-masing.
“Libya mati bersama Gaddafi.
“Kami bukan lagi sebuah negara. Kami hanya kumpulan puak, pekan dan bandar yang sedang berperang,” kata Tebu Mohammed.
,..........................
,..........................
Kemunculan militan Daesh di Libya memburukkan lagi soal keselamatan di negara itu. – AGENSI
Sejak Gaddafi digulingkan, Libya diterajui oleh tujuh kerajaan tetapi masih gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat negara itu terutamanya soal keselamatan apabila pengaruh militan Daesh sudah menular, sekali gus memburukkan lagi keadaan.
Kini Libya dikawal dua kerajaan bermusuhan iaitu satu kerajaan dipilih secara demotraktik dan beroperasi di utara negara manakala satu lagi kerajaan disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpusat di Tripoli.
“Negara ini sudah berpecah.
“Kami mempunyai dua kerajaan, dua Parlimen, dua Bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara,” kata bekas diplomat Libya, Abdulsaelm, 48.
.........,.,.............................
Keadaan Libya sebelum dan selepas campur tangan NATO untuk menggulingkan Gaddafi. – AGENSI
.........,.,.............................
Keadaan Libya sebelum dan selepas campur tangan NATO untuk menggulingkan Gaddafi. – AGENSI
Malah katanya, revolusi yang dilaung-laungkan pada 2011 adalah pembohongan semata-mata.
“Kami rakyat Libya sebenarnya tidak tahu erti sebenar revolusi. Hidup kami dilindungi selama 42 tahun di bawah pemerintahan Gaddafi.
“Ini bukan revolusi Libya tetapi revolusi NATO yang mahu menghapuskan Gaddafi,” katanya. – mstar
.........................................................................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment