Monday, 7 November 2016

Segalanya dari Allah SWT


Bila sebut saja orthodok, ia tak semestinya yahudi dan kristian sahaja, sebaliknya agama-agama selain itu juga ada yang demikian, ini adalah kerana asal usul agama itu adalah percaya pada Tuhan Yang satu, namun oleh kerana pewaris-pewaris agama itu tidak patuh pada perintah Tuhan Yang Maha Esa,
menyebabkan penyelewengan demi penyelewengan berlaku keatas dasar-dasar yang hakikat, 
...........
Penyelewengan itu adalah tanda akal dan Nafsu telah menjadi ikutan, dan akhirnya makhluk itu ( akal dan nafsu) telah di pertuhankan, , Akibat dari sifat,kelakuan dan amalan yang bercanggahan dgn perintah Tuhan itu menyebabkan ujudnya kesesatan yang jelas dan nyata , Dan apabila kesyirikkan dan penyengutuan itu telah mengambil alih sepenuhnya dalam segala sifat, kalakuan dan amalan, samaada fe'el hati mahupun anggota badan seseorang manusia itu, Sekiranya tidak kembali kepada jalan yang benar dan tak bertaubat bersungguh-sungguh, Maka terputuslah ia akan Rahmat Allah SWT, (derhaka).
..............
Adapun amalan yang tinggal pada hari ini adalah saki baki dari perintah hukum Tuhan, seperti menutup aurat dgn sempurna, yang mana syariat itu sudah menjadi seolah-olah hanyalah adat dan di anggap sebagai tradisi mereka sahaja,
kebanyakkan penganutnya jika lelaki,, mereka menutup kepala, samaada, seperti kopiah, songkok atau mungkin mirip serban,
jika perempuan, mereka akan bertudung, ada yang labuh, ada yang sederhana labuh dan ada yg biasa saja.
...................
Oleh kerana Umat Islam adalah Umat utusan yang terakhir (Rasulullah SAW), yang dipilih oleh Allah SWT sebagai model dan Hamba yang menjunjung serta menyebarkan Kalam yang di jamin-NYA (al-Quran)
maka sudah tentulah apa yang di anggap sebagai tradisi itu ( menutup aurat) menjadi tanggungjawap dan kewajipan untuk umat Islam menjelaskan kepada sekelian manusia , bahawa menutup aurat itu adalah satu perintah dari Allah SWT , dan bukan hak milik makhluk terdahulu (tradisi).
manakala bagi yg lelaki tidaklah menjadi kewajipan utk menutup kepala.
........
wallahuaklam,
Muhasabah diri.

Kembalilah kepada agama (Islam)

Apalah yg boleh di ambil percaya pada segala bicara mereka 
Kenapa waktu duduk di kerusi itu,
Diam membisu, buat tak tahu,
Malahan berpakat bersatu,
Saling bantu membantu,
Segala urusan di tepi pintu,
Segala ketirisan di terima restu,
Tapi kenapa bila diri di pinggir,
Baru jumpa segala yg mungkir,
Baru jumpa musuh durjana,
Baru jumpa rakan yang sama,
Baru jumpa kesah yg lama,
Baru jumpa ramai terseksa,
Baru jumpa ramai terhina,
Baru jumpa bala bencana,
Baru jumpa siapa yg menghina,
Baru jumpa segala derita.
Apakah niat kini jujur keranaNYA.
Apakah benar sudah bangkit ,
Apakah ia hanya sebuah cita,
Apakah ia sebuah dendam,
Apakah ia hanya sesuatu yg sama,
Apalah bezanya jika jiwa terseksa.
Dan hanya inginkn perkara yg sama
Cuma orangnya saja yg berbeza.
Tiada maknanya usaha bicara,
Kesana,kemari bicara wacana lama.
Tapi akal fikiran dan cintanya sama.
Hanya berhujah tujuannya yg sama.
Perangai sama,pegangan yg sama
Akhirnya, yg kepala juga yg bahgia
Dan yang mengekornya tetap hina.
Ubahlah kekacauan jiwa yg merana.
Ambillah jalan yg lebih utama,
Anjakkanlah hati kepada agama,
Alim ulamak jgn lagi di hina nista.
Ambil ilmunya bincangkan dunia
Amankan jiwa jangan terus merana
Bersamalah maju seiring agama .

Sunday, 30 October 2016

Wahabi itu perlu di bezakan.


Wahabi sudah menjadi satu perkataan yang di campur adukkan antara yang hak dan bathil.
Takda asal yang mengatakan Syeikh Muhammad B Abdul Wahab itu menjatuhkan kerajaan Turki,
..............
Sebaliknya Muhammad B Abdul Wahab itu yg bangkit menyelamatkan aqidah umat islam yg semakin ramai terpesong ..,  kebetulan pada ketika itu adalah di zaman jajahan kerajaan Uthmaniah yg luas,  ada di antara wilayah -wilayah jajahannya yang mengalami kejatuhan ekonomi yg menyebabkan ramai yg tertekan dan  ada yg tersesat tanpa bimbingan alim ulamak yang hebat dan mantap..
...........
Sebaliknya pehak barat menyelusuri rakyat jajahan Turki dan menghasut agar mereka semua lepaskan diri dari jajahan Turki, dengan  cara menuntut kemerdekaan,,
.......
Sedangkan Muhammad Abdul Wahab itu sebenarnya bangkit menyelamatkan aqidah rakyat yg memohon sesuatu kepada Allah melalui makam-makam .(menyengutukan sesuatu dengan Tuhan). ada yang membangunkan makam-makam  dgn begitu indah bagi tujuan  di jadikan tempat perantaraan. memohon kepada Allah SWT, .sedangkan masjid-masjid lebih sesuai untuk di jadikan tempat beramal ibadat kepada Allah SWT,
........
Pehak barat dan pehak yg munafik sangat bijak bersandiwara ,kerana merekalah yg sangat inginkan perpecahan agar amalan mereka itu bebas di lakukan tanpa gangguan Muhammad Abdul Wahab dan seaqidah dgnnya.
........
Manakala pehak barat pula memang dahagakan perpecahan dalam pentadbiran uthmaniah, kerana banyak sebab,
Antaranya pentadbiran uthmaniah yg berpusat di Turki itu terlalu besar, menyebabkan barat sukar membentuk sebuah negara zionist di Palastine, seperti yg kita sedia  maklum, , bertebarannya kaum Yahudi di atas muka bumi ini adalah ketentuan Allah SWT,
........
Oleh kerana pusat pentadbiran kerajaan Islam Uthmaniah itu luas dan jauh di Turki, menyebabkn beberapa kelemahan timbul , itu memang tak di nafikan,
..........
walaubagaimanapun pehak Pusat cuba merapatkan hubungan dgn rakyat jajahannya dgn projek keretapi yg sangat panjang perjalannya, menembusi wilayah jajahannya dan telekomunikasi yg terbaik pada masa itu , namun segalanya di gagalkan secepat mungkin oleh puak yg takut hilang kuasa di tambah pula ekonomi tergendala,menyebabkan sukar utk kelancaran pentadbiran.dan menafaat pengangkutan yg mampu bergerak hingga ke Mekkah.
.......
dan hinggalah cita-cita musuh Islam itu berjaya menguasai minda rakyat yg hilang keyakinan .
dan dalam pada itu pehak barat merancang utk memecah-mecahkan jajahan Turki itu kepada pehak-pehak yg ikut membantu mereka menumbangkan jajahan Turki,
........
dan akhirnya musuh Islam dan musuh dalam lipatan , dan kaum islam yg hilang sabar inilah yg bersama-sama berganding bahu
memastikan kejatuhan sebuah empayar besar Islam.
.........
, dan agihan -agihan (pentadbir di negara yg di pecah-pecahkan) di berikan kepada mereka yg bekerjasama, dan perjanjian-perjanjian mereka itulah yg menyebabkan negara-negara umat islam tidak bersatu pandangan lagi hingga ke hari ini,
...........
Manakala Muhammad b Abdul Wahab yg bangkit menyelamatkan kesesatan umat di rantau jajahan Turki di sebelah wilayah tanah Arab pada masa itu di anggap sebagai musuh utama  oleh pehak yang   ingin menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah,  kerana Muhammad b Abdul Wahab itu berusaha keras meluruskan semula kesesatan yg berlaku,
......
pehak musuh tahu Islam adalah agama tauhid yg kuat, dan kekuatan tauhid itu adalah iman, kerana itulah pehak musuh tidak mengambil orang Islam yg beriman sebagai rakan,
......
sebaliknya mereka hanya mengambil orang Islam yg lemah iman sebagai rakan. Kerana mereka tahu bahawa Islam ( yang lemah iman) adalah tempat yg sesuai  yg boleh di jadikan tempat bersarangnya cita-cita mereka,
.....
tapi Islam yg beriman memang langsung tiada ruang utk mereka godam pegangan mereka , melainkan ada keuntungan pada umat islam secara adil dan diredai Allah SWT.
..........
oleh kerana perjuangan Muhammad b Abdul Wahab ini menjadikan sebahagian rakyat jajahan Turki itu kuat, sabar dan menolak segala fitnah yg di tanam dan disuburkan oleh pehak musuh kapada umat Islam yg sudah hilang arah dan pertimbangan pada masa itu,
.....
menyebabkan dakwah Muhammad Abdul b Wahab ini tidak di terima oleh sebahagian yg lain (munafik dan yg hilang sabar serta lemah ) hinggalah beliau di ugut bunuh, dan beliau terus berdakwah di satu tempat jajahan Saud,
...........
dan di situlah pentadbiran Saud mengalu-alukan kehadirannya dan memberikan kerjasama yg padu, Muhammad Abdul b Wahab banyak menegur para penyembah kubur dan pehak yg meletakkan Saidina Ali di tempat yg salah itu agar tidak lagi berbuat demikian kerana ini akan mengelirukan umat Muhammad SAW yg menunaikan ibadat haji yg memuji Allah SWT.
..............
Kiranya masih ada yg keras dan degil , maka jalan terakhirnya mereka akan di usir keluar dari jajahan pentadbiran saud,
..............
Dakwah dan kebenaran yg muncul di jajahan saud itu menyebabkan ramai umat Muhammad SAW yg berada di luar jajahan saud itu terpanggil dan datang beramai-ramai merantau ke saud hanya utk belajar dan mengmbil semula kebenaran apa yg telah pudar selama ini,
...........
Oleh kerana kesungguhan hamba Allah ini berdakwah mengajak semula umat islam kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, secara istiqomah dan tegas.
........
Menyebabkan Muhammad b Abdul Wahab ini di kenali sebagai wahabi, sebenarnya gelaran itu bukanlah satu mazhab atau satu pegangan yang baru, sebaliknya wahab itu adalah nama gelaran yg di berikan pada beliau.
...........
Namun bergitu bagi pehak yg tak puas hati dgn cara Muhammad b Abdul Wahab ini yg menghalang amalan kepercayaan mereka, iaitu amalan yg tiada dalam kehidupan Nabi SAW, dan amalan tambahan yg tak sepatutnya, malahan ada yg terpesong (sesat),
......
Golongan inilah yg sehati sejiwa dgn musuh Islam menimbulkan persepsi kepada umat manusia di zaman itu dan selepas mereka bahawa Muhammad b Abdul Wahab ini adalah (mahzab wahabi ) . dan lebih membahayakan aqidah terhadap umat muhammad SAW adalah,
...........
Apabila sebut saja wahabi maka anggapan itu adalah satu mahzab yg menolak hadis dan Sunnah Nabi SAW , sedangkan sebenarnya Muhammad b Abdul Wahab hanya menentang perkara yg tiada dalam Al-Quran dan Sunnah SAW dan yg tidak berkaitan keduanya.
..........
Lebih bahaya lagi apabila wahabi itu sengaja di kaitkan dgn satu golongan yg ujud di zaman sebelum nya (andalusia).
........
sedangkan Mufti Andalusia pada ketika itu menfatwakan (mahzab wahabi), yg ujud di afrika  utara itu sebagai Khawarij, atas sebab golongan mereka keluar dari jemaah islam yg besar dan menentang dan mengkafirkan siapa saja yg tidak sehaluan dgn mereka. Dan golongan khawarij ini sudahpun di hapuskan oleh pahlawan islam zaman dulu,
............
Sedangkan. Muhammad b Abdul Wahab ini ujud ratusan tahun selepas zaman Andalusia,
.............
Terbukti gelaran wahabi itu mesti di asingkan fahamannya oleh setiap umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana ia mampu mencampur adukkan antara yg hak dan yg bathil.
...............
Kita telah lama di fahamkan bahawa siapa saja yg menyebut.. La ila ha illallah Muhammadu rasullullah adalah saudara se Islan kita, dan kita mengambil jalan moderate ,/ sederhana,
..............
Tapi kita lupa berapa banyak Allah SWT menyebutkan sifat kelakuan golongan munafik terhadap perjuangan Islam yg beriman, Bukankah iman itu adalah paling utama disisi Allah SWT..? .
.........
Bermakna ucapan dua kalimah itu juga mengutamakan Iman,
Kita hanya mampu menjadi saksi lafaz sahaja, tapi penerimaan ikhlas hati itu adalah dari Allah SWT,
.............
Oleh kerana kita tidak tahu hati sesama manusia, sepatutnyalah kita menolak apa saja kesesatan yg di lakukan oleh tubuh badan manusia itu sendiri,(zahir kelakuan) kerana apa yg di pamirkan itu adalah bukti jelas (samaada kelakuan itu berpandukan iman atau nafsu)utk umat manusia yg lemah menilai.
..........
Sebenarnya Syeikh Muhammad b Abdul Wahab langsung tiada kena mengena dgn kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah yang berpusat di Turki itu, sebaliknya kerajaan Uthmaniyyah telah pun mula dilemahkan sedikit demi sedikit oleh musuh Islam sejak 1699 lagi, dan terpaksa membuat penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Poland, Austria dan Venice ,
.........
Di sebabkan faktor-faktor rasuah, khianat, dan lantikkan-lantikkan jawatan kepada orang yg lemah,
termasuklah gerakkan rakyat yg berbilang kaum. dan ada banyak faktor lain lagi.

nota kaki;

Syeikh Muhammad B Abdul  Wahab - wafat  1206 H. 
    .
Abdul Wahab B Abdurrahman B Rustum - wafat 211 H .

Mufti /Imam  Lakhmi (Andalusia )  memfatwakan khawarij  -wafat 478 H.
Wallahuaklam.
Muhasabah diri

Friday, 28 October 2016

Fitnah yang menghancurkan.

Dalam dunia ini umat yang terbaik sekali  adalah umat Nabi Muhammad SAW, ( umat Islam,) dalam golongan umat islam itu ada yang lebih baik, iaitu orang Islam yang beriman,  oleh kerana umat yang beriman itu di kurniakan oleh Allah SWT, sifat kelakuan yang baik serta mulia dan beradab dalam berbagai perkara, menyebabkan  ramai golongan non muslim  kurang selesa , Antara perkara-perkara yg tidak di fahami oleh non muslim terhadap orang beriman adalah, tidak minum arak, tidak makan segala benda yg haram tidak berjudi dan macam-macam lagi, lebih merimaskan mereka adalah, orang beriman tidak makan riba, sedangkan riba itu adalah perbuatan yg menguntungkan bagi mereka, dan seks bebas pula sesuatu yg sangat di sukai oleh mereka, malahan segala yg bertentangan dgn org beriman adalah sesuatu yg mereka sukai, oleh kerana sesetengah non muslim ini salah sangka dgn org beriman, menyebabkan mereka menyangka bahawa org islam yg beriman ini suka menghina apa yg mereka suka, seperti khinzir, arak, berseronok, membuka aurat dan berbagai bentuk maksiat lagi,  sedangkan sebenarnya umat islam yg beriman tidak sedikitpun menghina makanan dan minuman mereka serta apa saja maksiat yg mereka lakukan, Sebaliknya umat islam yang beriman hanya mematuhi perintah Allah SWT, sebagai umat islam yg beriman kepada Allah SWT, kita tidaklah menghina kepada kaum atau golongan yang tidak senang dengan corak hidup orang-orang yg beriman, kerana kita amat faham bahawa semuanya adalah makhluk ciptaan -NYA,  Dan umat Islam yg beriman hanya berhati-hati di atas peringatan daripada Yang Maha Mengetahui, seperti ;

Firman-NYA

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120

Kerana itulah tak dapat tidak, kita umat Islam seluruhnya mesti bekerjasama dan saling memahami setiap kerenah dan gelombang yang berlaku pada dunia hari ini mahupun mendatang, dan carilah Ilmu yang bermenafaat, agar tidak bercakaran sesama sendiri, dan jgnlah di jadikan segala berita-berita yang tidak di ketahui asal usulnya sebagai bahan memecah belahkan sesama manusia, Sebagai umat Islam yg beriman, kitalah yang sepatutnya mendahului kebenaran dan memegang keadilan, oleh itu berhati-hatilah dengan segala berita yang di perolehi,sesuai dengan perintah-NYA,


Firman Allah ta;ala

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)
..................................................................................................................................................................................................................

Perpecahan pada umat Islam ada beberapa sebab, antaranya.
..........
-Dalam kalangan umat islam itu ada golongan munafik, dan golongan munafik itu pula berpuak-puak kerana golongan mereka tidak berdiri atas keimanan yg hak,
- Golongan munafik hanya bersatu utk menyesatkan umat, dan bersatu untuk menolak hukum Tuhan, tapi tidak akan berminat utk mengangkat marwah/martabat agama.
-Golongan munafiklah yg akan berusaha menghasut umat dan bekerjasama dgn agenda luar.bagi merealisasikan cita-cita sesat mereka (menafikan kalam Tuhan).

Firman Allah SWT ;
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
(Al-Mujaadalah 58:14)
Golongan munafik juga sanggup bersumpah dusta demi  di jadikan perisai untuk menyelamatkan diri dan harta benda mereka dari di rampas atau di bunuh, Allah SWT menjelaskan..

Firman Allah SWT ;
Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
(Al-Mujaadalah 58:16)

-Dan kesilapan yg paling besar adalah dari pemimpin itu sendiri,
Apabila pemimpin terlalu fokus pada duniawi, dan ambil mudah soal didikkan agama terhadap rakyatnya, Nanti kejahilan rakyat itulah akan menjadi senjata makan tuan, dan melakukan berbagai kerosakkan dan kehancuran.  atas kejahilan beragama itu menyebabkan ...
.............
Rakyat akan terima apa saja hujah ,berita dan tipu helah dari musuh-musuh pemimpin tersebut bulat-bulat tanpa ikut hukum Tuhan Al-Quran . dan rakyat yg jahil ilmu agama lah yg akan paling keras semangat juangnya kerana berbekalkan semangat nafsu.
-akhirnya pemimpin itu sendiri akan tersepit akibat kesalahan sendiri (tidak menyebarkan kebenaran/Al-Quran). Tiada rakyat yg ber ilmu(Jihad fisabilillah) dapat membantu kerana bilangannya terlalu sedikit, akhirnya sebuah negara islam itu tumbang tanpa hala tuju yg hakikat,
-akhirnya golongan munafik akan di bantu oleh musuh islam utk melawan rakyat yang ber iman bagi memastikan negara islam itu membangun tanpa Islam ,
Maka peperangan sesama sendiri pun berlarutan selagi tiada yg tewas. 

Di bawah ini adalah kesah benar yang berlaku selepas  kejatuhan sebuah pentadbiran gara-gara kejahilan sesetengah manusia dalam memahami hukum Allah SWT. yang mana walau pun mereka berjaya menjatuhkan pemimpin mereka , tetapi keadaan menjadi lebih teruk dan tak terkawal akibat berita-berita palsu yg menjadi panduan mereka.

Baca dan fikirkan.
........................................................
Rakyat Libya Kesal Gulingkan Muammar Gaddafi
Posted on October 15, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|
SELEPAS lebih lima tahun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh oleh rakyatnya sendiri, tiada siapa dapat menyangkal kenyataan bahawa negara itu mengalami huru-hara yang lebih teruk berbanding sebelumnya.
Atas nama demokrasi yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, fikiran rakyat Libya telah diracuni untuk bangkit menentang Gaddafi sehingga mengundang pemberontakan di seluruh negara dan campur tangan negara luar.
Menerusi pendedahan akhbar Zimbabwe, Sunday Mail, ramai rakyat Libya mula menyuarakan rasa kesal kerana terlibat dalam penggulingan Gaddafi pada 2011.
Bekas pejuang revolusi yang menyertai pemberontakan, Mohammed, 32, berkata, sebelum 2011, dia sangat membenci Gaddafi.
“Malah saya menyertai tentera revolusi sejak hari pertama dan berjuang menentang Gadaffi.
“Tetapi hari ini, kehidupan semakin sukar berbanding dulu dan (kini) saya menjadi peminat setia Gaddafi,” katanya.

Penunjuk perasaan Libya menyertai bantahan untuk mendesak Gaddafi berundur pada 2011. – BBC
Pekerja stesen minyak, Haroun, 41, turut menyuarakan kekesalan menggulingkan Gaddafi atas nama demokrasi.
“Tindakan menyingkirkan Gaddafi merupakan satu kesilapan jelas kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi.
“Kami juga memerlukan sokongan antarabangsa yang sehingga kini tidak muncul-muncul,” katanya.
Aktivis tempatan, Fadiel membuat perbandingan pada zaman pemerintahan Gaddafi dan zaman selepas beliau digulingkan.
“Lebih baik Gaddafi kekal memerintah kerana pada hari ini setiap orang sibuk bertelagah dan mencetuskan huru-hara. Situasi ini sangat memalukan,” katanya.
...................................
Grafiti yang memapar semangat revolusi dalam kalangan rakyat Libya untuk menyingkirkan Gaddafi pada 2011. – AGENSI
Kenyataan mereka itu mengulangi pendapat beberapa ahli politik Britain yang mengecam bekas Perdana Menteri David Cameron kerana mengetuai campur tangan di Libya pada 2011.
Pakatan antarabangsa yang diketuai Britan dan Perancis melancarkan serangan ke atas tentera Gaddafi selepas pemimpin negara itu mengugut untuk menyerang bandar Benghazi yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Cameron mendakwa, campur tangan itu perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai orang awam sedangkan, laporan baharu menyebut, Gaddafi tidak pernah memiliki rekod melancarkan serangan besar-besaran ke atas penduduknya sepanjang lebih 40 tahun memerintah.
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kumpulan pembangkang dan media barat ketika itu mengeluarkan berita yang mendakwa rejim Gaddafi telah mengarahkan tenteranya merogol wanita, menggunakan askar upahan dari negara asing dan mengerahkan helikopter untuk menentang penunjuk perasaan.
....................................
Detik-detik akhir sebelum Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada 2011. – AGENSI
Tetapi laporan pertubuhan hak asasi manusia, Amnestu International gagal menemukan sebarang bukti yang menunjukkan kerajaan Gaddafi melanggar hak asasi dan banyak kes seperti didakwa media barat sangat meragukan.
Kini rakyat Libya mendapati kehidupan mereka lebih sukar berbanding di bawah pemerintahan Gaddafi kerana penduduk awam terpaksa berdepan situasi bekalan elektrik dicatu sehingga sembilan jam.
Selain itu, negara juga berdepan krisis kewangan yang serius, menyebabkan mereka sukar menerima gaji dan harga barangan asas juga melambung serta kekurangan bekalan ubatan.
Gejala rasuah yang berleluasa juga menyebabkan kadar matawang dinar Libya semakin lemah.
Sesetengah rakyat Libya yang sebelum ini merupakan antara orang terkaya di negara Arab, mula mempertimbangkan pilihan untuk melarikan diri ke negara Eropah bagi memulakan hidup baharu.
Pelajar perubatan, Salem, 26, dari Tripoli berkata, dia menyangka keadaan akan bertambah baik selepas revolusi tetapi sebenarnya bertambah buruk dan semakin teruk.
“Lebih ramai rakyat mati dibunuh sejak 2011 berbanding semasa revolusi atau di bawah pemerintahan Gaddafi.
“Kami tidak pernah berdepan masalah seperti ini ketika beliau memerintah.
“Duit sentiasa ada, begitu juga bekalan elektrik dan walaupun tidak memiliki gaji besar, tetapi semuanya murah dan hidup ini sangat teratur.
“Ramai rakan saya mahu lari dari kemelut ini dan menyambung pengajian di luar negara tetapi saya perlu menunggu selama setahun untuk mendapatkan pasport baharu.
“Walaupun saya mendapat pasport, mungkin sukar untuk memohon visa kerana tiada lagi kedutaan asing di negara ini sejak 2014.
“Saya berasa seperti hidup di penjara di negara sendiri dan saya mula membenci negara saya ini,” katanya.
......................................
Pemandangan yang biasa dilihat oleh rakyat Libya di jalanan sejak Gaddafi digulingkan. – AGENSI
Soal keselamatan di Syria juga semakin hancur apabila rakyat tidak lagi berani untuk keluar pada waktu malam.
Ibu kepada seorang anak, Sara, 50, berkata, ketika zaman Gaddafi, dia biasa keluar malam berseorangan tanpa rasa takut.
“Tetapi kini saya tidak lagi berasa selamat untuk keluar apabila hari sudah gelap,” katanya.
Selain itu, ikatan kemasyarakatan rakyat Syria yang terdiri dari pelbagai puak juga sudah terputus apabila setiap wilayah, pekan dan puak hanya menjaga kepentingan masing-masing.
“Libya mati bersama Gaddafi.
“Kami bukan lagi sebuah negara. Kami hanya kumpulan puak, pekan dan bandar yang sedang berperang,” kata Tebu Mohammed.
,..........................
Kemunculan militan Daesh di Libya memburukkan lagi soal keselamatan di negara itu. – AGENSI
Sejak Gaddafi digulingkan, Libya diterajui oleh tujuh kerajaan tetapi masih gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat negara itu terutamanya soal keselamatan apabila pengaruh militan Daesh sudah menular, sekali gus memburukkan lagi keadaan.
Kini Libya dikawal dua kerajaan bermusuhan iaitu satu kerajaan dipilih secara demotraktik dan beroperasi di utara negara manakala satu lagi kerajaan disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpusat di Tripoli.
“Negara ini sudah berpecah.
“Kami mempunyai dua kerajaan, dua Parlimen, dua Bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara,” kata bekas diplomat Libya, Abdulsaelm, 48.
.........,.,.............................
Keadaan Libya sebelum dan selepas campur tangan NATO untuk menggulingkan Gaddafi. – AGENSI
Malah katanya, revolusi yang dilaung-laungkan pada 2011 adalah pembohongan semata-mata.
“Kami rakyat Libya sebenarnya tidak tahu erti sebenar revolusi. Hidup kami dilindungi selama 42 tahun di bawah pemerintahan Gaddafi.
“Ini bukan revolusi Libya tetapi revolusi NATO yang mahu menghapuskan Gaddafi,” katanya. – mstar
.........................................................................................................................................................................................................................

An-Nisaa 4:171 . dan sebuah kesah.

Ada di antara mufassirin menceritakan mengenai anggapan bahwa seorang rahib Nasrani yang mengubati Khalifah Harun Ar Rasyid berbincang dgn seorang ulama Islam, iaitu Ali bin Husein Al Waqidi Al Marwazi. Tabib Nasrani itu berkata kepada Alwaqidi: 
"Di dalam Kitab mu (Alquran) terdapat ayat yang membenarkan pendapat dan kepercayaan kami bahwa Isa as, adalah sebagian dari Allah,
lalu tabib Nasrani itu membacakan bahagian pertama dari ayat An-Nisaa'171 ( di bawah) 
.............
Firman Allah,
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya,
dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
(An-Nisaa' 4:171).

.................
bacaan tabib tersebut hanya setakat
' Maka ber imanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-NYA'(seperti di atas)
sedangkan ayat seterusnya sudah ada larangan dari Allah SWT sebagaimana yang mereka amalkan.( syirik)
.......................
Lalu Al-Waqidi menjawap persoalan yang di timbulkan oleh rahib Nasrani itu dengan Firman-NYA;
Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
(Al-Jaathiyah 45:13)
Kemudian Al Waqidi berkata: "
kalau benar apa yang kamu katakan bahwa kata 'min-hu' dalam ayat yang kamu baca itu berarti 'sebahagian dan pada Nya', sehingga kamu mengatakan bahwa Isa as, adalah sebagian dari Allah pula,
Hal ini berarti bahwa apa yang ada di langit dan di bumi ini adalah sebahagian dari Allah.
.........................
Dengan jawapan tersebut terdiamlah tabib Nasrani itu, lalu dia masuk Islam. (Tafsir Al-Maeagi, juz VI, hal. 30)
.....................................................................................................
Sebenarnya ayat An-Nisaa 4:171 tersebut dengan jelas Allah SWT menegur sifat kelakuan dan amalan ahli kitab Yahudi dan Nasrani diatas kesesatan yg mereka lakukan terhadap kalamullah,
-.........
-Wahai Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani.
-Jgn kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah.
-melainkan yang benar,,
-sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam hanya seorang pesuruh Allah.
-Dan Kalimah Allah yg telah di sampaikan-NYA kepada Maryam.
-Dan (ia juga tiupan) roh daripada-NYA.
-Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Rasul-NYA.
......................

ayat-ayat Allah SWT tersebut mengatakan dengan sangat jelas bahawa, Nabi Isa itu hanya seorang pesuruh-NYA ( seorang manusia/hamba ciptaan-NYA).
-Dan kalimah Allah yg telah di sampaikan-NYA kepada Mariyam.
( jelas bermaksud apa saja proses mesej(kalimah) itu di sampaikan, samaada melalui,jibrail atau melalui bayi atau apa saja , ia tetap dalam takluk-NYA).
-Dan (ia juga tiupan) roh daripada-NYA.
Allah SWT menjelaskan bahawa diatas kebesaran-NYA walaubagaimana sekalipun manusia itu di ciptakan-NYA,(tanpa bapa) tapi tiupan roh itu adalah daripada-NYA.
seperti mana yg kita sedia maklum bahawa Allah SWT mencipta Nabi Adam langsung tiada ayah dan Ibu.
..................
apa yang kita dapati , memang tiada langsung ayat yang mengatakan Nabi Isa itu sebagai Tuhan. malahan sambungan ayat tersebut sangat jelas Allah SWT melarang akan perbuatan yang mengatakan-NYA ada tiga. (menyengutukan-NYA/ mensyirikkan-NYA).
.........................................
Firman Allah SWT :
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Maaidah 5:73)
.................
.

Hakikatnya Nabi Isa a.s itu adalah pesuruh-NYA , hamba-NYA, makhluk ciptaan-NYA. sama seperti Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul-NYA yg lain, dan tiada siapa yang datang kepada Allah sebagai sekutu-NYA, melainkan semuanya adalah hamba ciptaan-NYA.
sesuai dgn Kebesaran-NYA ke Agungan-NYA ke-Esaan-NYA,
Firman Allah SWT:
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
(Maryam 19:93)
............................
Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.(Maryam 19:97) 
....................
..........

Akal yang stabil dan pura-pura stabil


Dulu kita di beri tahu bahawa orang yg berfikiran atau berpandangan seimbang itu adalah mereka yg tidak berat sebelah atas apa saja keadaan, Dan dikatakan bahawa orang yg berfikiran seimbang ini adalah seorang yg sangat adil.
................
Tapi penjelasan itu sebenarnya tak tepat, sebenarnya tidak ada keadilan pada diri manusia itu melainkan ia benar-benar beriman pada Allah SWT.
..................
Keadilan, keseimbangan , xkan ujud tanpa keimanan yg betul. Sejarah membuktikan dari zaman Nabi Adam a,s lagi sudah berlaku ketidak seimbangan sikap manusia,
...................
Contohnya, anak Nabi Adam a,s , kesah Habil dan Qabil itu menunjukkan bahawa. Antara yg setabil dan x setabil, yg x setabil itu bertindak ganas dan membunuh .
....................
Seterusnya perjalanan Nabi dan Rasul, Nabi dan Rasul itu adalah setabil Imannya, sebab itulah pesuruh Allah SWT itu sentiasa mendapat tentangan dari golongan yg x setabil.
.......................
Hanya golongan yg setabil saja yg akan faham dan ikut Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul di zaman masing-masing,
......................
Bila Nabi atau Rasul itu di angkat(di Wafatkan) oleh Allah SWT, pasti akan ada yg akan bangkit menyesatkan umat pada zaman itu, begitulah seterusnya hingga kepada Umat Rasul yg terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
.......................
Kita dapat saksikan dgn sangat jelas pada zaman yg serba mencabar ini, betapa ramai manusia yg berlumba-lumba menonjolkan diri nak menampakkn diri mereka sebagai setabil,
............................
Tapi bila di sentuh atau di masukkn sesuatu yg berkaitan agama islam....serta merta kita akan dapati ketidak adilan atau ketidak setabilan diri mereka, samaada hujah,pandangan mahupun pegangan pribadi mereka,
...........................
Kita x perlu pandang terlalu jauh hingga ke Mesir ,kerana banyak yg kita x tahu, cukup kita pandang pada gelora politik dalam negara sendiri, bila mana perpaduan dan kerjasama itu boleh menjadi terlerai hanya di sebabkan ruu355 .
...................
Memang ada pro dan kontranya, tapi manusia mmng xkan tahu kestabilan isi hati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kawan yg berbesa ideologi di tambah pula pegangan agama yg berbeza.
.....................
Apa yg menariknya disini, dalam keadaan masyarakat majmuk negara ini, kita dapat lihat manusia itu boleh terasing dgn sendirinya hanya dgn ruu355 (terkini) dan hudud (sebelum ini).
..................
Umpama minyak yg terasing di air, xkan bercampur, tidaklah menjadi pelik jika ada yg beranggapan ruu355 sebagai permainan politik, dan tidaklah menjadi hairan jika ada yg beranggapan hududullah itu juga di politikkan, 
.......................
Kestabilan pemikiran itu ada dua perkara yg akan menjadikannya tak seimbang, 
-pertama apa yg di kehendakinya atau di sukainya,
-kedua apa yg di bencinya atau di tolaknya .
Manakala pura-pura seimbang tiada kebaikkn.
........................
Bagi yg tak seimbang di sebabkan menolak perkara yg baik utk umat islam, seperti hudud atau ruu355, mereka ini akan mencari seberapa banyak idea dan bahan bukti untuk tujuan mengubati atau menyeimbangkan atau menstabilkan akal dan hati mereka (semula, jika mereka umat islam, kita katakan sebagai istidraj ,)
........................
Bagi yg tak seimbang disebabkan niat nya utk memperkasakan samaada ruu355 atau pun hududullah itu ditolak oleh org lain, mereka ini juga akan sedaya upaya mencari idea seberapa banyak bagi tujuan mengatasi lojik akal yg menyerang mereka , seterusnya menyeimbangkan akal dan hati meteka. (Berusaha bertahan melawan dugaan dgn keimanan dan takwa). Ini sangat berat.
.........................
Manakala pura-pura seimbang juga tidak di nafikan keujudannya, golongan ini lebih kepada nak menunjukkan diri sebagai org yg seimbang, tapi hakikatnya pemikiran dan pandangannya lebih kepada hawa nafsu , jiwa mereka umpama lalang, banyak kondem sana kondem sini ikut suka-suka hati .
.....................
Biasanya mereka ini paling banyak menggunakan ayat-ayat seperti yg mencela dan merendahkan seseorg atas sebab nafsunya yg huru hara.
....................
Wallahuaklam.
Muhasabah diri.

Pengorbanan pada akal dan iman.


Jika kita baca sejarah, kita tak jumpa satu pun kesah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang mengambil jalan dgn cara mengorbankan diri sendiri sebagai pilihan untuk mengangkat kebenaran atau untuk menggantikan diri sendiri sebagai penebus dosa atas kesalahan umat manusia di zaman mereka ataupun yg akan datang.
.....
Yg pernah kita baca hanyalah di korbankan. dan bukan mengorbankan diri, itupun bukan semua kesah itu sahih, ada pun kesah yg sahih adalah, Nabi-Nabi itu di bunuh kerana menegakkan kebenaran, dan bukan mengorbankan diri sendiri utk satu perjuangan,
......
Nabi -Nabi dan Rasul-Rasul xkan melakukan apa yg di larang oleh Allah SWT,
Ada pun kesah Nabi Ibrahim a,s dan anaknya Nabi Ismail a,s itu adalah dugaan iman ,...dan perintah dari Allah SWT, yang mana peristiwa itu Allah SWT gantikan dgn seekor kibas, (seperti yg kita sedia maklum)
.........
di sini kita dapati jelas bahawa Allah SWT tidak mahu korban itu di anggap sebagai sesuatu yg salah dan sia-sia., seperti mengambil jalan yg tidak ada tercatit sebagai yg hak.(sengaja mengorbankan diri untuk diingati dan disebut-sebut sebagai pencetus perubahan).
.........
Berbeza dgn kesah pejuang-pejuang yg menegakkan kebenaran dgn ikhlas kerana Allah , yg mana mereka itu berperang melawan musuh dan mengelak serangan musuh kerana Allah hinggalah mereka terkorban kerana Allah ,
......
dan bukan sengaja membiarkan senjata musuh sewenang-wenangnya hinggap pada mereka tanpa usaha dan ikhtiar untuk menepis dan mengelak dan bertindak balas,
.......
sudah tentu memperjuangkan yg hak itu mesti mengikut acuan dan perintah yang hak jua,
Selagi pengorbanan itu di tafsirkan dgn cara mengikut akal dan nafsu semata-mata, sudah pasti keputusannya akan menyimpang dari kebenaran .
.........
kerana tanpa di sedari secara halusnya (fe'il hati), sudahpun mempertuhankan makhluk, dan sesuatu yg menyimpang itu hasilnya akan di kaut ,di rebut ,di indahkan dan di angkat oleh mereka yg memang suka mempertuhankan makhluk (duniawi, akal, nafsu),
........
Bila ini berlaku, berkemungkinan jalan-jalan kebenaran yg di perjuangkan sekian lama yg semakin hampir itu akan jauh di kaburkan ....
.......
oleh sebuah pengorbanan (perjuangan yg lain) yg keliru dan sentiasa mengelirukan umat manusia dari jalan yg lurus dan memintas, demi dahagakan sebuah kuasa duniawi ,
.............
menjanjikan umat manusia keseronokkan agar mereka sentiasa leka lalai dan menyimpang.(mempertuhankan akal dan nafsu).
.........
Yang masih bertahan di jalan yg benar hanyalah mereka yg ber iman dan di pelihara oleh Allah SWT.
................
Wallahuaklam.
Muhasabah diri